Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SESI BERSAMA PEMIMPIN NEGARA – RUANG PELAJAR DEKATI PEMIMPIN

DSC 5709

NIBONG TEBAL, 5 September 2018 – Sesi Bersama Pemimpin Negara yang dianjurkan sempena dengan Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2018/2019 hari ini berjaya dalam membuka ruang untuk pelajar yang terlibat melihat serta mendekati pemimpin secara langsung.

Program selama dua jam tersebut menyaksikan Panel Jemputan, Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran menjawab pelbagai persoalan yang berkaitan dengan tajuk “Preparing future graduates for industrial development pathway”.

Beliau ketika ditanya akan penyertaan serta sambutan pelajar sepanjang program berlangsung menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat membina dalam menaikkan semangat beliau untuk terus berinteraksi dengan mereka.

DSC 5749

“Seronok apabila secara langsung kita dapat menyaksikan pelajar-pelajar yang terlibat secara beramai-ramai menunjukkan minat kepada apa yang cuba sampaikan pada hari ini.

“Saya juga berharap agar setiap apa yang kita bincangkan dapat mencipta perbezaan dalam pemikiran pelajar-pelajar kita akan halatuju mereka sebagai mahasiswa serta mahasiswi menuju ke dunia pekerjaan satu hari nanti,” tambah Dr. Hari.

DSC 5788

DSC 5799

Ruang yang ada turut digunakan oleh beliau untuk menyampaikan nasihat kepada seramai lebih kurang 642 orang pelajar yang hadir supaya setiap daripada mereka lebih bermotivasi dalam setiap keputusan yang akan mereka lakukan dalam kehidupan mereka kelak.

“Saya mahu melihat pelajar kita untuk memandang serius serta mengambil berat akan nasihat-nasihat yang cuba disampaikan untuk dijadikan panduan masing-masing,” kata beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd. Ini.

DSC 5840

DSC 5717
Dalam majlis yang sama, turut mencuri tumpuan adalah alumni bidang komunikasi USM tahun 1994, Kamarul Bahrin Haron yang kini merupakan seorang Penyampai Pakar Hal Ehwal Semasa, Wartawan, Penerbit dan Timbalan Ketua Pengarang di Astro Awani.

Berpengalaman luas serta penuh dengan kredibiliti yang membina, beliau jelas menceriakan setiap mereka yang hadir dalam menjalankan tugas sebagai moderator sepanjang program berlangsung.

DSC 5778

DSC 5869
Gaya penyampaian beliau yang bersahaja turut menjadikan suasana program menjadi lebih santai dan seterusnya menjadikan sesi soal jawab lebih berkesan antara Dr. Hari dan pelajar yang hadir.

Selain daripada bertindak sebagai moderator, Kamarul menggunakan medium ini untuk berkongsi pengalaman sepanjang menjadi pelajar serta alumni USM dan juga nilai-nilai terbaik yang diperolehinya dari sebuah institusi yang telah menjadikan beliau sebagai insan berjaya seperti hari ini.