Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SEMINAR ADVANCED INFRASTRUCTURE DESIGN TECHNOLOGY in MALAYSIA TAMPILKAN PAKAR USM SEBAGAI PEMBENTANG

DSC 7312

NIBONG TEBAL, 29 Oktober 2018 – Seminar Advanced Infrastructure Design Technology in Malaysia yang dianjurkan di sini hari ini  telah menampilkan dua orang pakar dari Pusat Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pembentang.

Pembentang yang terlibat adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM yang juga Pengarah REDAC, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pegawai Sains REDAC, Ir. Dr. Chang Chun Kiat yang mana mereka merupakan pakar berpengalaman dalam industri.

DSC 7248

DSC 7263

Seminar yang dianjurkan selama dua hari dari 29 hingga 30 Oktober ini dijangka akan memberi manfaat kepada perunding, kontraktor, pemaju dan badan kerajaan C & S yang hadir dalam mempelajari kaedah untuk mereka bentuk infrastruktur yang kreatif dan inovatif untuk masa depan yang lebih baik.

DSC 7301

DSC 7291

DSC 7345

Melalui seminar yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang peserta ini juga, kaedah penerapan teknologi canggih untuk reka bentuk infrastruktur akan dibentangkan sambil memperkenalkan penggunaan perisian pemodelan inovatif untuk reka bentuk yang lebih cepat dan lebih cekap.

DSC 7271

DSC 7325

DSC 7332

Antara topik lain yang dibincangkan dalam seminar ini adalah Teknik Mengubah Data Surveyor dan Google Map kepada Reka Bentuk Kejuruteraan, Reka Bentuk Jalan & Saliran (MSMA / SUStoM) melalui Penggunaan Teknologi GUI terkini dan Teknologi Visualisasi 3D Reka Bentuk Infrastruktur.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Muhammad Taufik Abdul Rahman