Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PUSAT RANCANGAN KOKURIKULUM GARAP KEYAKINAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KEBUDAYAAN

DSC 7482

NIBONG TEBAL, 13 November 2018 – Malam Kebudayaan Kokurikulum Semester 1, Sidang Akademik 2018/2019 diharap dapat menjadi pentas kepada semua peserta terlibat dalam menaikkan keyakinan diri.

Berikut adalah seperti yang disampaikan oleh Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum (PRK), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd Salman Abu Mansor semasa berlangsungnya program di Dewan Utama, hari ini.

“Walaupun tiada sebarang formaliti atau peraturan ketat diletakkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat, Kita harap program ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka meneroka bakat terpendam dalam diri masing-masing,” kata beliau.

DSC 7408 tile

“Selain daripada dapat dijadikan sebagai satu latihan untuk mengatasi stage fright mereka, program ini juga jelas akan mengetengahkan serta menambah nilai kebolehan tambahan dalam diri setiap yang terlibat,” tambah Salman.

Program tahunan anjuran PRK yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam ini telah menampilkan enam buah persembahan iaitu Teater Moden, Senamrobik, Koir, Tarian Moden, Kompang Berlagu dan Gitar dengan penyertaan keseleruhan daripada 155 orang pelajar.

DSC 7519 tile

Menurut Pengerusi Rancangan Kokurikulum PRK, Dr. Azam Taufik Mohd Din pula berkata, program ini adalah sebahagian daripada latihan setiap pelajar untuk mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran sosial daripada pelbagai sudut yang berbeza.

“Paling ketara adalah kemahiran komunikasi yang merentasi bangsa dan budaya memandangkan setiap kumpulan menggabungkan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

DSC 7537 tile

DSC 7549 tile

“Perbezaan jelas tidak menjadi halangan untuk bersatu dalam memberikan komitmen penuh supaya setiap persembahan berjaya,” kata Azam.

Selain daripada persembahan kebudayaan, turut diadakan pada sebelah siang adalah Pameran Statik yang dibuka kepada semua warga kampus dan jumlah penyertaan daripada kedua-dua buah program ini adalah 371 orang pelajar.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Muhammad Taufik Abdul Rahman