TIMBALAN NAIB CANSELOR USM DIPILIH TOKOH MAULIDUR RASUL PULAU PINANG

prof rahman

BALIK PULAU, 20 November 2018 - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir Dr. Abdul Rahman Mohamed dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1440/2018 yang diadakan semalam.

Program yang diadakan di Politeknik Balik Pulau ini telah dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, yang hadir bersama isteri, Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.

DSC 1586

Setelah menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Abdul Rahman berkata beliau bersyukur kepada kerajaan negeri di atas pengiktirafan kerja keras beliau selama ini.

"Saya merasa amat berbesar hati dengan anugerah ini dan melihatnya sebagai galakan untuk meneruskan kerja bersama dengan komuniti, terutamanya kumpulan B40 (berpendapatan rendah)," katanya ketika ditemubual kemudian.

DSC 1593

Beliau berkata bahawa ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada USM di atas segala usaha ke arah kemajuan masyarakat, yang merupakan sebahagian daripada misinya sebagai universiti APEX.

Abdul Rahman, yang mengetuai Bahagian Penyelidikan dan Inovasi di USM, adalah Fellow di Akademi Sains Malaysia serta aktif dalam pelbagai aktiviti penyelidikan dan jaringan, selain turut mempunyai penerbitan berimpak tinggi dalam banyak jurnal akademik terkemuka.

Program tahunan ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

DSC 1637

DSC 1662

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Setiausaha Negeri, Datuk Seri Farizan Darus; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Minister Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor; Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Kassim Abul Malik, bersama pegawai-pegawai yang lain.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Terjemahan: Siti Faizah Abd Halim

 

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI