Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PEMILIHAN MPPUSM KEJURUTERAAN, PELAJAR PAMER SEMANGAT KEPIMPINAN

DSC 7903

NIBONG TEBAL, 29 November 2018 – Sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Kampus Kejuruteraan berjaya mempamerkan semangat kepimpinan pelajar melalui Suruhanjaya Pilihan Raya kampus pada hari ini.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Pemangku Pengarah Kampus, Profesor Dr. Taksiah A. Majid yang kagum dengan usaha serta kerjasama antara pelajar dalam memastikan kejayaan pemilihan Sidang Akademik 2018/2019 yang berlangsung.

DSC 7931

DSC 7919

“Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah saya kepada semua pihak yang telah memastikan pilihanraya kali ini berjalan secara aman, sihat dan lebih mengutamakan muafakat walaupun sedang berada dalam pertandingan.

“Semoga setiap keputusan yang diperolehi pada hari ini akan membawa kebaikan kepada semua secara keseluruhan dan calon yang menang akan memenuhi manifesto masing-masing sepanjang memegang jawatan kelak,” kata beliau yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Awam ini.

DSC 7902

DSC 7904

DSC 7909

Pemilihan pada sidang kali ini turut mencipta sejarah baharu di mana sepanjang proses berlangsung ianya dijalankan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kampus yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih secara rawak melalui aplikasi berkomputer.

Pengerusi SPR Kampus Kejuruteraan, Aiman Hakim Mohamed Zulmazi, berpendapat walaupun baharu diperkenalkan, peluang mengendalikan aktiviti yang berskala besar seperti ini adalah satu medium yang terbaik untuk semua yang terlibat mengetengahkan kemahiran masing-masing.

“Malah, saya ingin menggesa penglibatan daripada pelajar-pelajar yang lain jika aktiviti seperti ini di adakan di masa akan datang,” tambah Aiman yang merupakan pelajar tahun empat Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa.

DSC 7928

DSC 7939

DSC 7944

DSC 7955

Melalui pemilihan di Kampus Kejuruteraan pada kali ini, seramai tujuh orang wakil telah menang tanpa bertanding iaitu Umum, Institut Pengajian Siswazah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Calon yang bertanding adalah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kejuruteraan Awam dan telah menyaksikan Aliff Izuddin Khazali menang ke atas Au Soung Ying.

Jumlah keseluruhan mereka yang keluar mengundi pada sidang ini adalah 349 orang daripada jumlah keseluruhan 358 orang yang layak mengundi dengan nilai peratusan adalah hampir 98 peratus.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman