Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PBT CULTURAL NIGHT 2019, SEMAI RASA TANGGUNGJAWAB PELAJAR SAMBIL BERHIBUR

DSC 1274

NIBONG TEBAL, 20 April 2019 – Persatuan Bahasa TiongHua (PBT) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Cultural Night yang berlangsung diharap dapat menyemai erti tanggungjawab kepada semua yang terlibat sambil berhibur dengan persembahan yang disediakan.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh ADUN Jawi, H'ng Mooi Lye dalam ucapan perasmian beliau mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang di sini hari ini.

DSC 1176

DSC 1285 tile

“Selain daripada itu, turut menjadi objektif utama program ini ini adalah untuk menanamkan kesedaran sosial dan memupuk asas kepada pemikiran yang kritis di kalangan pelajar universiti hari ini.

“Malah, program ini juga dapat menonjolkan kepelbagaian etnik serta budaya yang ada di Malaysia dan pada masa yang sama mendedahkan penonton akan nilai-nilai murni yang cuba diketengahkan melalui persembahan yang disediakan,” kata beliau.

DSC 1352 tile

PBT Cultural Night 2019 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pelajar Kampus Kejuruteraan USM buat kali yang ke-7 dan dijadikan medium kepada pelajar untuk mengenalpasti potensi dan bakat terpendam masing-masing yang boleh diketengahkan melalui ruang persembahan yang disediakan.

Sementara itu, Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria pula menyatakan harapan beliau untuk pelajar kejuruteraan bergiat lebih aktif di dalam program yang berteraskan kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti ini di masa akan datang.

DSC 1169

“Saya percaya sinergi yang wujud dalam kalangan jawatankuasa penganjur, terutamanya apabila mereka berurusan dengan penaja dan orang ramai demi kejayaan program ini akan mereka untuk membawa diri dengan lebih baik dunia sebenar di luar sana,” kata Azazi.

“Saya juga menggalakkan setiap pelajar di kampus ini untuk melibatkan diri dalam acara kebudayaan seperti ini yang terhasil dari semangat kerjasama dan seterusnya menjadi pencetus kepada kepada perpaduan kaum yang lebih harmoni,” tambah beliau lagi.

DSC 1386 tile

Seramai lebih kurang 1300 orang hadir menyaksikan lapan persembahan yang disediakan sepanjang program PBT Cultural Night 2019.

Antaranya persembahan yang dipertontonkan adalah Tarian Adikarma, Yoyo Cina, Orkestra Cina, Tarian Moden dan persembahan drama yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman