Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PRO-CANSELOR SERU PELAJAR USM SEIMBANGKAN AKADEMIK DAN SUKAN

DSC 3287

PULAU PINANG, 26 April 2019 – Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) diseru agar tampil cemerlang dan seimbangkan pencapaian di dalam bidang akademik dan sukan.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pro-Canselornya, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur ketika Majlis Perasmian Temasya Olahraga Tahunan(TOT) ke-45 USM di Stadium Olahraga hari ini.

“Oleh yang demikian, saya berharap agar semua atlet yang bakal beraksi untuk menunjukkan kesungguhan dan prestasi terbaik, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,” kata Mustafa.

“Semoga temasya ini akan melahirkan bakat-bakat baharu yang akan mewakili universiti, negeri mahupun negera ke peringkat kejohanan antarabangsa, dan mengharumkan nama universiti serta negara dalam dunia olahraga,” tambah beliau lagi.

DSC 3346

“Saya juga turut berharap agar Pusat Sukan dan Rekreasi USM, selaku Pusat yang merancang, menilai dan memantau pembangunan program sukan ini, dapat meneliti aspek-aspek pembangunan institusi, melalui pengukuhan jalinan kolaborasi dan kerjasama dengan institusi serta persatuan sukan di seluruh negara.

Tahun ini, penglibatan keseluruhan dalam pelbagai acara padang dan balapan yang dipertandingkan terdiri daripada lapan buah kontinjen desasiswa, pelajar tanpa desasiswa (PETAS) dan kelab-kelab sukan staf dari empat buah kampus utama USM.

DSC 3323

Bagi Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria mewakili Naib Canselor pula berharap agar program seperti ini boleh dilakukan dengan lebih kerap sekaligus yang secara langsung dapat membina siswa/siswi yang cergas serta proaktif dalam ko-kurikulum serta sukan.

“Perkara ini akan dapat menghasilkan atlet universiti yang berdaya saing dan dapat memimpin hingga ke persada dunia selaras dengan moto USM ‘Kami Memimpin’, tambah Azazi.

DSC 3193

DSC 3368

Malah, Azazi turut menyatakan bahawa selari dengan motto TOT-45 tahun ini, “Together on Track”, beliau percaya universiti ini perlu mengorak langkah lebih jauh demi melahirkan atlet yang berkualiti bagi mengharumkan nama USM di dalam serta luar negara.

TOT-45 merupakan salah satu daripada acara tahunan terbesar di USM yang berperanan untuk mencungkil bakat atlet-atlet baharu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti ini dan telah diadakan sejak tahun 1972.

DSC 3429

DSC 3151

Tutut hadir adalah Pengarah Institusi Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman dan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman