Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELANCARAN KIPAS GERGASI MASJID KAMPUS KEJURUTERAAN DI MAJLIS BUKA PUASA BERSAMA NC

DSC 4239

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2019 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan pemasangan kipas gergasi yang akan dipasang di Masjid Kampus Kejuruteraan sempena Majlis Buka Puasa beliau bersama warga kampus di sini hari ini.

Pelancaran itu adalah hasil sumbangan warga kampus dan komuniti luar yang digerakkan oleh Jawatankuasa i-Infak Kampus Kejuruteraan demi mencapai jumlah yang disasarkan pada awalnya hanya RM 40,000.00.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan pembukaan majlis.

DSC 4214

“Kerjasama dan nasihat Jabatan Pembangunan dari sudut keselamatan dan reka bentuk pula telah membawa kepada fokus utama kita dalam mendapatkan tiga kipas separa besar untuk menambah keselesaan Jemaah dan menjadi agenda jawatankuasa dengan jumlah kos selepas itu ialah RM 68,000.00,” kata Azazi.

“Berkat usaha semua pihak melalui wakil jabatan, hebahan-hebahan umum, sumbangan alumni, kutipan tunai melalui ceramah hari kebesaran islam dan juga larian amal yang diadakan dalam memohon sumbangan, maka jumlah terkini yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM 58,000.00,” tambah beliau lagi.

Malah, Azazi turut berharap agar kejayaan di sebalik kutipan ini berjaya menjadi contoh dalam membuktikan bahawa gerak kerja berpasukan kampus kejuruteraan adalah seiring dengan hebatnya USM yang akan akan menyambut ulangtahun ke-50 pada beberapa bulan sahaja lagi.

DSC 4213

DSC 4228

Pada majlis ini juga, lebih kurang 30 orang staf serta pekerja kontrak dan 51 orang pelajar yang terpilih turut diraikan melalui sumbangan dari segi duit raya dan pembelian baju raya, hasil inisiatif Pusat Islam Kampus.

DSC 4210

DSC 4245

Turut sama hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman