Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BIASAKAN AMALAN YANG TIDAK BIASA DENGAN MEMBUDAYAKAN PENULISAN

DSC 6087

NIBONG TEBAL, 9 Julai 2019 – Seorang yang aktif menulis buku akademik dalam bidang yang dikuasai oleh penerbit antarabangsa menjadikan figura ini layak dalam membahaskan akan kepentingan amalan menulis dalam kehidupan seharian pelajar mahupun pensyarah di universiti.

Di atas sebab yang demikian, beliau yang merupakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail hadir atas jemputan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) dalam satu sesi perkongsian ringkas di sini hari ini.

Memetik ucapan Dekan PPKBSM, Profesor Madya Ir. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim, program hari ini memerlukan perancangan dan masa yang lama sebelum dapat direalisasikan memandangkan jadual Profesor Datuk Dr. Ahmad Fauzi yang padat sepanjang tahun.

DSC 6065

DSC 6080 2

“Jadi, saya berharap agar semua yang hadir pada hari ini dapat memanfaatkan kunjungan beliau dengan memberikan sepenuh perhatian sepanjang sesi perkongsian ini belangsung.

“Malah, kepakaran beliau melalui topik yang dibincangkan ini boleh dijadikan sebagai motivasi dalam kita pengurusan tesis dan jurnal di masa akan datang,” kata Syed.

Kajian Ahmad Fauzi telah diterbitkan dalam banyak jurnal faktor kesan yang tinggi dan beliau juga merupakan pengarang dan pengarang bersama lebih daripada 550 jurnal yang disemak.

DSC 6061

DSC 6089

Melalui perkongsian ini, beliau telah menekankan kepentingan akan melakukan sesuatu berlandaskan kepada minat masing-masing agar apa yang dilakukan tidak akan menjadi beban sebaliknya bertukar kepada tanggungjawab yang menyenangkan.

“Biasakan amalan yang tidak biasa dan jika ciri seperti yang di atas dapat ditekankan, istilah Membudayakan Penulisan akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan," kata beliau.

“Kita akan cenderung untuk melakukan yang terbaik tanpa rasa terpaksa dan seterusnya penghasilan jurnal mahupun penulisan yang bertepatan dengan keupayaan serta minat dalam diri sendiri juga akan lebih mudah dihasilkan dari masa ke semasa,” tambah graduan University of Strathclyde tahun 1997 ini.

DSC 6092

Beliau turut menyatakan untuk menjadi yang terbaik, semua orang seharusnya mempunyai rasa percaya diri dan kurangkan memberi perhatian kepada perkara negatif sebaliknya, ambil nilai positif dari setiap yang berlaku supaya kita akan sentiasa maju ke hadapan.

Selain telah menerima lebih kurang 130 anugerah dari dalam dan luar negara, Profesor di Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga UTM ini juga telah menulis 6 buku, 50 buku bab dan 4 buku yang diedit, 6 paten yang diberikan, 14 paten yang belum selesai.

Lebih kurang 90 orang hadir di dalam sesi perkongsian selama dua jam ini yang melibatkan pensyarah dan pelajar dari PPKBSM dan pusat pengajian sekitar ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Muhammad Taufik Abdul Rahman