Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

NC RAI PELAJAR BAHARU DIJAMUAN MAKAN MALAM

mss nc rai DSC4337

NIBONG TEBAL, 5 September 2015 –  Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman meraikan pelajar baharu sidang akademik 2015/2016, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) dijamuan makan malam di sini semalam.

Sehati sejiwa yang merupakan tema sambutan kemerdekaan yang disambut seluruh rakyat Malaysia pada Isnin lalu menjadi tema Majlis Makan Malam Bersama Naib Canselor USM pada tahun ini.

mss nc rai DSC4225

Omar dalam ucapan ringkasnya berkata Kampus Kejuruteraan telah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan pensyarah yang hebat dalam pelbagai bidang.

Katanya, "Akan bermula sejarah hidup saudara saudari sebagai pelajar USM dan semoga berjaya dan menjalani pengajian disini dengan suka hati serta menjadikan kampus ini sebagai kampus yang sejahtera”.

"Selamat maju jaya dan saya berharap semuanya akan dapat bekerjasama untuk kebaikan universiti”, ujarnya lagi.

mss nc rai DSC4230

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada empat pensyarah dari Kampus Kejuruteraan yang telah mendapat pengiktirafan terkemuka dalam bidang penerbitan di Malaysia iaitu "Malaysia’s Rising Star Awards”.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad dan Prof. Madya Dr. Mohd Roslee Othman dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia manakala Profesor Dr. Hanafi Ismail dan Profesor Dr. Hazizan Md Akil daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.

Lebih manis, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia itu turut menerima kejutuan daripada lebih 700  pelajar dan pensyarah yang hadir dengan upacara memotong kek sempena hari kelahiran beliau baru-baru ini.  

mss nc rai DSC4349

Sementara itu, siswa siswi dan tetamu jemputan turut dihidangkan dengan persembahan tarian, nyanyian lagu kebangsaan dan deklamasi sajak oleh para pelajar berbilang bangsa serta artis jemputan, Aiman Sidek yang popular dengan lagu Bunga Dhia.  

Hadir sama isteri Omar, Datin Noraizan Jamaludin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin