Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan telah mula beroperasi di Kampus Kejuruteraan pada tahun 2001. Ia terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Pengurusan Akademik. Jabatan Pendaftar berfungsi sebagai nadi utama bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta urus tadbir dan kemudahan pusat. Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan memainkan peranan berteraskan tiga matlamat strategik iaitu Menarik bakat yang kompeten sesuai dengan hala tuju Universiti Mengekalkan bakat yang kompeten serta Membangunkan bakat sesuai dengan perubahan persekitaran dan hala tuju Universiti.