Skip to main content

INSPIRASI ABANG DAN DORONGAN IBU JADI KUNCI KEJAYAAN WONG YONG JIE

467840331 1036674915165924 6107404700587650224 n

PULAU PINANG, 24 November 2024 – Inspirasi daripada abang serta dorongan daripada ibu menjadi kunci kejayaan Wong Yong Jie, penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (Pelajar Terbaik Kategori Bukan Bumiputera) pada Upacara Konvokesyen Universiti Sains ke-62 kali ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik ini berkongsi bahawa abangnya, seorang doktor perubatan dan ibu, seorang peniaga yang telah membesarkannya seorang diri selepas kehilangan sosok ayah ketika masih kecil menjadi penguat kepada kecemerlangan beliau pada hari ini.

“Sebagai ibu tunggal, ibu saya adalah seorang individu yang sibuk namun, beliau selalu berpesan untuk saya tidak sesekali mengabaikan pelajaran dan berpegang teguh kepada pentingnya ilmu pengetahuan dalam hidup ini,” ujar beliau.

“Apatah lagi, saya pada mulanya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah rendah dan sering mengambil lewa untuk belajar sebelum akhirnya berubah menjadi lebih baik ketika masuk ke Sekolah Menengah selepas sedar bahawa dalam hidup ini, kita perlu bekerja keras untuk berjaya,” kata Wong.

Dilahirkan pada 11 Februari 2001 di Sungai Petani, Kedah, Wong yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik ini meluahkan rasa teruja dan bersyukur beliau di atas anugerah serta pengiktirafan yang diberikan.

“Ianya adalah satu pencapaian yang sangat bermakna, bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga sebagai bukti kepada adik-adik junior yang lain bahawa usaha adalah tangga kejayaan.

“Malah, kejayaan ini juga adalah hasil doa daripada mereka semua, khususnya para pensyarah dan rakan-rakan sepanjang pengajian saya di sini,” tambah beliau.

467623578 1036675045165911 56757087279079351 n DSC 3492 

DSC 3508 467743676 1036675081832574 2528118299113828358 n

Berkongsi cabaran sepanjang pengajian, Wong mengakui pernah bergelut dengan masalah pengurusan masa akibat tanggungjawab sebagai pelajar sepenuh masa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sidang 2022/2023.

“Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran besar untuk mengimbangi akademik dan tanggungjawab kokurikulum hingga menjejaskan Kesihatan, seterusnya dimasukkan ke hospital akibat radang apendiks, yang didiagnosis berpunca daripada tekanan,” kongsinya.

Namun, dengan bimbingan para senior sambil berusaha untuk memperbaiki pengurusan masa beliau, Wong berjaya bangkit daripada pengalaman itu.

Bercakap atas kejayaan Wong, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM), Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad memuji Wong sebagai pelajar yang berdisiplin dan mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan serta pensyarah.

“Wong seorang yang konsisten dan tidak pernah memilih kawan di mana dia sering membantu rakan-rakannya dalam tugasan dan pembelajaran. Ciri itu menjadikannya seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam membentuk hubungan yang positif,” katanya.

WhatsApp Image 2024 11 24 at 18.45.54

Sementara itu, penyelia kepada Wong, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Sharizal Abdul Aziz dari PPKM turut bersetuju akan potensi besar yang ada dalam diri anak muridnya yang kini sedang melanjutkan Pelajaran secara fast track dalam Ijazah Doktor Falsafah ini.

“Saya melihat Wong sebagai seorang individu dengan kualiti yang cepat menyesuaikan diri dan fleksibel selain sering menunjukkan nilai kemanusiaan yang tinggi, menjadikannya calon yang ideal untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penyelidikan selepas ini,” ujar Dr. Sharizal.

Berbicara tentang rencana masa depannya, Wong bercadang untuk mendidik generasi akan datang supaya mereka bukan sahaja cemerlang di USM tetapi juga di peringkat lebih tinggi.

“Inilah antara sebab utama kenapa saya mahu menyambung pengajian di peringkat PhD,” jelasnya lagi.

Teks: Muiz Syafiq Md Hassam (Pelajar Latihan Industri) dan Siti Faizah Abd Halim

Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman / MPRC