Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN INFAQ PENDINGIN HAWA FASA 1 TINGKATKAN KESELESAAN JEMAAH DI PUSAT ISLAM USM

DSC 8141

NIBONG TEBAL, 6 Januari 2025 – Mantan Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin hari ini hadir merasmikan majlis Infaq Pendingin Hawa Fasa 1 di Dewan Solat Wanita, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

Pengarah Kampus Kejuruteraan baharu, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar@Mustapha dalam ucapannya menyatakan rasa syukur atas pelaksanaan projek ini yang merupakan inisiatif keempat dalam usaha menaik taraf kemudahan di Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

"Sebagai sebuah institusi pendidikan, Dewan Solat ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah, tetapi juga pusat pembentukan nilai rohani dan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan staf,” kata beliau.

“Dengan penambahan pendingin hawa ini, suasana surau diharap akan menjadi lebih selesa dan kondusif untuk semua,” ujarnya.

DSC 8026 DSC 8027

DSC 8063 DSC 8095

Mariatti turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan fasa pertama projek ini dan menggalakkan sumbangan berterusan untuk melengkapkan fasa kedua yang mana menurut beliau, usaha ini adalah contoh terbaik sifat amar makruf nahi mungkar seperti dianjurkan oleh Islam.

“Ia menunjukkan pentingnya tanggungjawab kolektif dalam menjaga kemudahan awam,” tambah beliau.

Sementara itu, Profesor Datin Dr. Azlina, dalam ucapannya, menyatakan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini di samping memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Kampus sebelum ini.

“Doa saya agar Pusat Islam Kampus Kejuruteraan terus maju dengan sokongan semua, demi manfaat warga kampus kita,” ujar beliau.

DSC 8113 DSC 8141 

DSC 8195 DSC 8187

Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa I-Infaq USM Kampus Kejuruteraan, Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor, projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah suhu panas di kawasan solat Jemaah wanita yang telah lama dihadapi.

“Pusat Islam dan kemudahannya perlu ditambah baik dari semasa ke semasa untuk keselesaan semua jemaah,” kata Fauzi.

Beliau turut menyatakan bahawa dua unit pendingin hawa yang dirasmikan hari ini menelan sebanyak kos RM80,000 dan Pusat Islam kini sedang merancang fasa kedua pemasangan, melibatkan 10 unit pendingin hawa tambahan dengan anggaran kos RM350,000.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman