KAMPUS KEJURUTERAAN USM TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK DATO' PANGLIMA PERANG KIRI, PERAK
NIBONG TEBAL, 8 Januari 2025 - Hari ini, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan daripada 73 pelajar serta 10 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Panglima Perang Kiri melalui program lawatan sambil belajar.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi pengenalan kampus yang diadakan di Dewan Seminar di mana ianya dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Pengarah Kampus, Encik Mohd Kamil Ashar yang berkongsi tentang latar belakang universiti serta bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan.
Seterusnya, rombongan ini dibawa melawat Perpustakaan Kampus Kejuruteraan di mana mereka diberikan penerangan oleh Pustakawan, Puan Suzana Abdul Rahman yang memperkenalkan pelbagai kemudahan serta sumber pembelajaran yang terdapat di dalam perpustakaan ini.
Program selama setengah hari ini ditamatkan dengan sesi lawatan sekitar kampus menaiki bas bagi memberi peluang kepada para pelajar terlibat untuk melihat sendiri suasana dan infrastruktur kampus, termasuk pusat-pusat pengajian, pusat-pusat kecemerlangan serta dewan kuliah.
Teks: Muiz Syafiq Md Hassam (Pelajar Latihan Industri) / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman