Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN MERIAHKAN KARNIVAL DI IPOH

Karnival-Ipoh-2047

IPOH, 15 Mac 2015 – Kampus Kejuruteraan sekali lagi menyertai Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 kali ke 11 bagi zon 5 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Lokasi strategik ruang pameran Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di bahagian hadapan memberi kelebihan kapada kita dalam mempromosikan program yang ditawarkan universiti.

Karnival-Ipoh-2044

Mengambil kira jarak Kampus Kejuruteraan dengan lokasi karnival di Ipoh berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan, Pengarah Kampus, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dengan persetujuan Pengerusi, Jawatankuasa Penyelarasan Kejuruteraan (JPK), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah memilih zon 5 sebagai salah satu platform untuk kampus bersama dengan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA, USM) mempromosikan bidang kejuruteraan yang ditawarkan.

Menurut ketua delegasi pameran Universiti Sains Malaysia (USM), Timbalan Pendatar, Puan Rohilatifah Baharum @ Harun, universiti akan menyertai kesemua sembilan zon Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 yang diadakan pada tahun ini.

Karnival-Ipoh-2059

Beliau memberitahu bahawa karnival yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM) ini sangat baik dan memberikan impak yang tinggi kepada seluruh universiti di Malaysia terutamanya USM dalam usaha pendedahan maklumat dan program yang ditawarkan oleh universiti.

"Kami gembira pada hari ini kerana pasukan dari Kampus Kejuruteraan ada bersama dalam membantu universiti untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar dan ibubapa khususnya mengenai bidang kejuruteraan yang merupakan salah satu bidang yang mendapat permintaan yang tinggi semasa proses penilaian permohonan dibuat”, kata Rohilatifah yang akan bertukar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam masa terdekat selepas hampir 10 tahun di Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).

Karnival-Ipoh2010

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun di Pusat Pengajian dan beberapa lagi unit/bahagian lain di Universiti Sains Malaysia (USM) tidak menafikan bahawa program seperti ini dapat membantu masyarakat terutama para pelajar dalam membuat pilihan yang tepat berdasarkan minat dan kelayakan yang diperolehi.

"Kadang-kadang ada pelajar yang dapat keputusan yang baik tetapi mereka tidak dapat membuat pilihan tepat yang akhirnya menyebabkan mereka gagal meneruskan pengajian dan ia sangat merugikan”, katanya lagi.

Karnival-Ipoh-2013

Tambah beliau, sekiranya pihak sekolah mengetahui kumpulan sasaran yang betul ia akan lebih menepati hasrat kementerian dalam melaksanakan program ini kerana menurut beliau banyak perubahan akan berlaku sepanjang tempoh pembelajaran terutama bagi pelajar diperingkat menengah rendah.

Bagi Timbalan Pendaftar itu, kumpulan sasaran yang sebenar adalah pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma dan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa sebagai pendedahan awal ia boleh diberikan kepada pelajar-pelajar lain peringkat menengah rendah dan sebagainya.

Karnival-Ipoh-2069

Sementara itu, menurut wakil Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral pada kali ini, Dr. Shah Rizal Kasim berkata kebanyakan yang hadir terutama ibubapa bersungguh-sungguh ingin mengetahui tentang program kejuruteraan yang ditawarkan di Universiti Sains Malaysia (USM).

 

"Ini merupakan kali pertama saya bertugas mewakili Pusat Pengajian dalam mempromosikan bidang kejuruteraan khususnya dan saya rasa ia merupakan program yang baik dan perlu diteruskan”, ujar pensyarah muda bidang kejuruteraan bahan itu.

Karnival-Ipoh-2081

Turut sama pada kali ini pada hari pertama karnival mewakili Pusat Pengajian masing-masing, Pensyarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Prof. Madya Dr. Khoo Bee Ee, Pensyarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Dr. Nastaein Qamaruz Zaman, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Dr. Mohamad Yusof Idroas, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Dr. Ahmad Zulfaa Mohamed Kassim dan beberapa pegawai Bahagian Akademik universiti.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli