Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PAMER POTENSI TERSEMBUNYI, PELAJAR KEJURUTERAAN MANFAATKAN KAWASAN PERSEKITARAN KAMPUS

WhatsApp Image 2019 12 16 at 12.38.50 PM

NIBONG TEBAL, 17 Disember 2019 - Melihat kepada potensi kawasan persekitaran kampus yang menarik, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kejuruteraan dengan kerjasasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) memanfaatkan kawasan lapang berdekatan tasik Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) serta Kafe Lembaran sebagai kawasan rekreasi luar bagi mengadakan pelbagai aktiviti pada waktu malam.

WhatsApp Image 2019 12 16 at 12.38.42 PM

Malah, hiasan lampu neon yang dipasang oleh Unit Penyelenggaraan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset, Kampus Kejuruteraan telah memberikan suasana santai yang amat menarik sekali serta berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar yang melewati kawasan berkenaan.

Baru-baru ini sempena Sukan Antara Desasiswa (SUKAD), MPDJLU dengan kerjasama MPP telah mengadakan mini karnival iaitu MiniFest 2019 di kawasan berkenaan dan aktiviti seperti jualan trak makanan serta persembahan dari kalangan seniman jalanan yang  telah dibawakan oleh Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Adikarma Kampus Kejuruteraan.

Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar yang datang untuk merehatkan minda sambil beriadah di sebelah malam setelah penat menghadap tugasan berkaitan pelajaran dan BHEPA dengan kerjasama MPP akan mengadakan pelbagai aktiviti santai pada waktu malam bagi menghidupkan kawasan berkenaan pada setiap minggu.

Menurut Pegawai Kebudayaan Kanan BHEPA, Mohd Nur Badri Mohd Nazli, kawasan berkenaan disifatkan sebagai ‘Potensi Tersembunyi’ yang memberikan satu lagi keunikan di Kampus Kejuruteraan.

“Sekiranya Kampus Induk mempunyai Purple Republic, kami di Kampus Kejuruteraan mempunyai Nature Teritory,” kata beliau.

Namun nama yang sesuai untuk penjenamaan tempat tersebut akan dilihat semula selain beliau akan mengambil kira pandangan Pengarah Kampus untuk perkara yang berkenaan selepas ini.