Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN ESRI KE USM TEROKA PELUANG KERJASAMA

DSC 9111

NIBONG TEBAL, 21 Januari 2020 – Lawatan dari Energy Safety Research Institute (ESRI), Swansea University ke Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini jelas membuka kerjasama antara kedua belah pihak di masa akan datang.

Menurut Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (RCMO) USM, Profesor Dr. Lee Keat Teong yang juga merupakah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK), lawatan ini dilihat sebagai satu usaha yang dapat dimanfaatkan universiti dan industri secara bersama.

DSC 9100

Tambah beliau, perkara ini adalah memandangkan USM memang sedang dalam usaha yang giat untuk mengukuhkan hubungan dua hala agar kepakaran kita dapat disumbangkan oleh universiti kepada industri melalui geran-geran penyelidikan.

DSC 9096

Bagi Pengarah ESRI, Profesor Andrew R Barron pula, selain daripada peluang kerjasama, beliau berharap agar dapat mengintai kearifan serta kepakaran tempatan yang dapat digunakan di United Kingdom nanti.

Kunjungan beliau ke Kampus Kejuruteraan diakhiri dengan satu sesi lawatan ke PPKK yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Abdul Latif ahmad yang juga merupakan alumni dari Swensea University.