Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PERTEMUAN EMPAT MATA BERSAMA NC, WARGA KAMPUS MANFAAT PELUANG

 

DSC 9146NIBONG TEBAL, 4 Februari 2020 – Seramai lebih kurang 345 warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memanfaatkan peluang untuk bertemu empat mata dengan Naib Canselor, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan sempena lawatan bulanan beliau baru-baru ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Mohd Kamil Ashar menyatakan bahawa sesi pada hari ini merupakan satu platform yang baik untuk kakitangan bukan akademik khususnya kumpulan pengurusan dan profesional Kampus Kejuruteraan menyuarakan pandangan mereka.

“Seingat saya juga, sesi bual bicara santai bersama Naib Canselor yang seumpamanya tidak pernah diadakan sebelum ini.

DSC 9155

DSC 9159

DSC 9123

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa dengan program seperti ini, kakitangan akan dapat memahami dengan lebih jelas hasrat dan matlamat sebenar pihak pengurusan dalam mendukung dan menyokong pelan strategi USM,” kata beliau lagi.

Warga kampus yang hadir dalam dua sesi pertemuan yang berlangsung secara berasingan ini adalah terdiri dari kalangan kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Pelaksana.

Bagi Pembantu Tadbir N22 (KUP), Shafaridah Samsudin dari Pusat Rancangan Kokurikulum pula sangat berlapang dada dan terbuka dengan setiap amanat yang disampaikan oleh Naib Canselor pada sesi ini.

DSC 9144

DSC 9165

“Sebagai kakitangan USM yang sudah lama berkhidmat, pertemuan secara langsung seperti ini memberikan kita satu ruang yang sangat jelas akan kehendak serta matlamat beliau sebagai penyandang jawatan nombor satu universiti ini,” kata Shafaridah.

“Malah, sebaik sahaja melihat sendiri usaha Naib Canselor yang sanggup turun padang dan mendengar permasalahan setiap kakitangan tanpa halangan birokrasi seperti ini pastinya dapat menaikkan lagi semangat kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa akan datang,” tambah beliau.

Turut hadir dalam sesi perjumpaan yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini adalah Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.