15 PENYELIDIK USM BAKAL BERTANDING DI MTE 2020

75419007 2530912306976791 8639088547082534912 n

PULAU PINANG, 17 Februari 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menghantar 15 orang penyelidik bersama hasil produk penyelidikan terkini yang bakal dipertandingkan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2020.

Pada edisi kali ini, USM mengetengahkan majoriti penyelidik-penyelidik muda yang berpotensi dalam bidang penyelidikan bagi menggalas tanggungjawab sebagai peserta pertandingan MTE 2020.

Senarai penyelidik yang bakal menyertai kategori yang dipertandingkan adalah:

  1. Dr. Mohd Rosli Mohd Hasan - Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
  2. Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin - Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia
  3. Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban - Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
  4. Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid - Pusat Pengajian Sains Kajihayat
  5. Prof. Madya Dr. Husnul Azan Tajarudin - Pusat Pengajian Teknologi Industri
  6. Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
  7. Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
  8. Prof. Madya Dr. Norehan Mokhtar - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
  9. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zuratul Ain Abdul Hamid - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
  10. Prof. Ir. Dr. Leo Choe Peng - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
  11. Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar - Pusat Pengajian Teknologi Industri
  12. Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Pung Swee Yong - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
  13. Dr. Low Hui Min - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  14. Dr. Nor Asniza Ishak - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
  15. Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Naser Abdul Ghani - Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan USM, Profesor Ts. Dr. Hanafi Ismail berkata, beliau mengharapkan penyertaan kali ini mampu mengekalkan momentum kemenangan 100% seperti pada tahun lalu dengan meraih 6 emas, 5 perak, 3 gangsa dan satu anugerah khas Croatia Innova.

“Menjadi tanggungjawab dan amanah buat saya dan semua penyelidik yang bertanding atas nama universiti mencuba sebaik mungkin bagi mensasarkan kemenangan semaksimum yang mungkin dan diharap para penyelidik dapat melakukan yang terbaik demi membawa nama USM ke persada dunia dalam inovasi penyelidikan,” katanya.

Tambah Hanafi lagi, produk-produk yang dipilih dan akan dipertandingkan ini turut berpotensi untuk ke peringkat lebih tinggi dan sekaligus mampu untuk dikomersialkan di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 20 Februari sehingga 22 Februari 2020 ini akan disertai oleh komuniti penyelidik dari universiti dan industri dari dalam dan luar negara.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI