Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

NORMA BAHARU, KAMPUS KEJURUTERAAN SUDAH BERSEDIA!

DSC 0249 tile

NIBONG TEBAL, 2 Jun 2020 – Warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) sudah bersedia untuk kembali ke bertugas berpandukan kepada norma-norma baharu pasca pandemic Covid-19 yang melanda dunia hari ini.

Perkara ini disokong dengan kenyataan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam satu Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Kemasukan Staf Secara Berperingkat di Dewan Kuliah 1, baru-baru ini.

“Kampus Kejuruteraan sentiasa bersedia untuk melaksanakan yang terbaik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama lagi.

“Perkara ini dimudahkan lagi apabila setiap tindakan yang disarankan disokong oleh Ketua-ketua Jabatan yang responsif dan warganya yang sentiasa patuh kepada peraturan yang kita tetapkan,” kata beliau.

DSC 0294

DSC 0281

Azazi turut memanjangkan ucapan terima kasih di atas sokongan Naib Canselor, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang telah memberikan kelulusan untuk kampus ini melaksanakan norma baharu menggunakan kaedah dan 'cara' Kampus Kejuruteraan.

Menurut Azazi, garis panduan kepada pelaksanaan kaedah-kaedah ini telah siap pada 8 Mei 2020 yang lalu dan akan diwar-warkan kepada komuniti kampus dalam masa terdekat.

DSC 0299

DSC 0308

Di dalam taklimat ini, 108 orang warga kampus yang hadir didedahkan dengan garis panduan sebelum, semasa dan selepas bertugas pasca Covid-19 yang disampaikan oleh Pegawai Sains Kanan, Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaaan Universiti (Kejuruteraan), Faris Abdullah.

Selain itu,Pegawai Perubatan dari Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan, Dr. Farhi Abidin turut mengumumkan penggunaan aplikasi rHAIS yang dibangunkan oleh USM untuk merakam kondisi kesihatan kakitangan dan pelajar universiti ini sepanjang pandemik ini nanti.

Turut sama hadir adalah Profesor Dato' Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan isteri, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @Kamaruddin.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman