Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PEMBANGUNAN KAMPUS KEJURUTERAAN, HASRAT PENGERUSI LGU

DSC 0408

NIBONG TEBAL, 13 Julai 2020 - Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato' Dr. Awang Adek Hussin berhasrat untuk melihat Kampus Kejuruteraan lebih membangun di masa akan datang sambil mengekalkan konsep hijaunya selama ini.

Awang menyatakan perkara yang tersebut dalam lawatan kali pertama beliau ke kampus ini sejak mula menyandang jawatan itu pada 8 Jun 2020.

Beliau meluangkan masa selama setengah hari sambil mendengar taklimat dan bertukar-tukar pendapat dengan Ketua-ketua Jabatan akan perkara berkaitan kampus yang diketuai oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

DSC 0359

Pemegang ijazah pertama dari Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat itu turut menyatakan bahawa beliau ingin melihat lebih ramai pelajar antarabangsa menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di USM.

Menurut beliau,perkara ini perlu dilaksanakan memandangkan Kampus ini terkenal dengan kepakarannya yang tinggi di samping mempunyai beberapa Pusat-pusat Kecemerlangan yang boleh dimanfaatkan dalam menarik minat pelajar-pelajar dari luar.

DSC 0397

Selain itu, Awang turut menambah bahawa pertambahan pelajar dan pembangunan ini secara langsung akan menaikkan lagi imej USM di dalam dan luar negara di masa akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman.