Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KEPATUHAN SOP DALAM NORMA BAHARU – IBADAH KORBAN KAMPUS KEJURUTERAAN, LANCAR DAN MERIAH

 DSC 0512 NIBONG TEBAL, 3 Ogos 2020 – Ibadah Korban merupakan salah satu daripada aktiviti wajib yang dilaksanakan oleh umat islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia setiap tahun.

Bagi komuniti Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) juga, Ibadah Korban pada tahun ini pastinya memberikan impak serta pengalaman baharu memandangkan ianya dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 DSC 0585

DSC 0588

“Terdapat kelainan dalam majlis tahun ini di mana aktiviti penyembelihan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Islam Daerah, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Pejabat Veterinar,” kata Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan USM, Ustazah Nor Fadhilah Wahab.

DSC 0563

DSC 0614

“Malah, semua petugas perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan pemberian daging juga dilakukan secara pandu lalu dengan pengasingan antara tempat agihan daging peserta dan penerima sedekah.

“Perkara ini adalah untuk memastikan tiada kesesakan yang berlebihan di satu-satu tempat yang akan menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal sepanjang aktiviti ini berlangsung,” tambah beliau.

DSC 0628

DSC 0678

Lapan puluh lima (85) orang petugas yang bertanggungjawab berjaya memastikan penyembelihan 12 ekor lembu dan dua ekor kambing lancar sambil mengekalkan kepatuhan kepada syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Fadhilah turut berterima kasih di atas kehadiran serta kerjasama petugas dan jawatankuasa yang dilantik dalam menjadikan suasana ibadah korban tahun ini kekal meriah memandangkan SOP tidak menggalakkan para peserta untuk hadir menyaksikan penyembelihan korban mereka.

DSC 0604

DSC 0651

DSC 0642

Antara 235 orang penerima daging korban pada tahun ini adalah terdiri dari kalangan mereka yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan dan kakitangan gred N14 ke bawah manakala lebihan daging turut diagihkan kepada fakir miskin serta warga sekitar kampus.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/ Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman