Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

NAIB CANSELOR USM DIANUGERAH TAULIAH KOLONEL (KEHORMAT)

WhatsApp Image 2020 08 11 at 18.47.35

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2020 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dianugerahkan tauliah Kolonel (Kehormat) dalam majlis khas di sini hari ini.

Beliau menerima tauliah berkenaan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Zamrose Mohd Zain di Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia.

WhatsApp Image 2020 08 12 at 09.04.39 1

Pentauliahan itu sekaligus menjadikan Naib Canselor USM sebagai Komandan bagi memimpin Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USM.

Penganugerahan tauliah tersebut diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Selain Naib Canselor USM, turut dianugerahkan pangkat yang sama ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Ir. Ts. R Badlishah Ahmad dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato’ Sr. Dr. Azhari Mohamed.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md. Isa/Infografik: Ebrahim Abdul Manan