Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

NC LAWAT MANTAN STAF USAI LAWATAN RASMI

DSC 0845

NIBONG TEBAL, 25 Ogos 2020 – Kunjungan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan ke Kampus Kejuteraan pada kali ini bukanlah lawatan dan perbincangan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa dan Pejabat Pembangunan semata-mata.

DSC 0885

DSC 0864

Sejurus selepas sesi yang tersebut, Naib Canselor kelapan ini meluangkan masa untuk melawat mantan Timbalan Pendaftar, Mokhtar Alfakari Anurbek yang diserang strok sejak 5 September 2019, di rumah beliau.

Menurut Rafiq, lawatan ini pastinya dapat menjadi satu medium yang baik dalam mengeratkan dan mengekalkan ukhwah sedia ada antara universiti dan kakitangannya.

DSC 0935

Beliau turut berkata bahawa USM sentiasa mengamalkan pendekatan tanpa sempadan dan masih peduli walaupun ada dikalangan mereka ini sudah pencen dan tidak lagi berkhidmat.

Isteri kepada Mokhtar, Noryah Husin pula meluahkan perasaan terkejut beliau dan Mokhtar saat diberitahu bahawa Naib Canselor USM akan mengikuti rombongan lawatan pada hari ini.

Namun begitu, Noryah berterima kasih atas kesudian semua pihak yang prihatin dengan keadaan suami beliau yang merupakan salah seorang daripada kakitangan awal Kampus Kejuruteraan sejak di Kampus Tronoh, Perak lagi.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman