Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT, PENGARAH KAMPUS RASMI BARKAKAS

DSC 1147

NIBONG TEBAL, 25 September 2020 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Nor Azazi Zakarian hari ini merasmikan peralatan sukan jalanan atau street workout, Barkakas di Kompleks Sukan dalam memupuk serta membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warganya.

Berucap dalam majlis tersebut, Azazi menyatakan kemudahan ini bermula dengan pemohonan yang telah dimajukan oleh sekumpulan pelajar dari kampus ini yang memang terlibat dengan sukan jalanan ini kepada Naib Canselor USM sebelum ini, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

“Perkara ini akhirnya menarik minat beliau apabila ianya telah dipersembahkan dan disaksikan sendiri secara langsung Ketika Perasmian Temasya Olahraga Tahunan (TOT USM) pada tahun 2018 yang lalu.

DSC 1167

DSC 1217

“Persembahan itu berjaya memukau Asma serta penonton dan akhirnya menyaksikan permohonan mereka diluluskan dengan peruntukan RM 30,000.00 untuk ke tiga-tiga kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan USM,” tambah Azazi.

Barkakas ini direka dan dicipta mengikut sepesifikasi pelajar yang terlibat manakala pembinaannya pula adalah hasil kepakaran dari Unit Perniagaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) di bawah selian Dekannya, Profesor Madya Dr. Jamaluddin Bin Abdullah dan pasukan beliau.

Menurut Pengerusi Rancangan Kualiti dan Korporat PPKM, Dr. Ramdziah Md. Nasir, beliau dan pasukan mengambil masa selama lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan kemudahan sukan Barkakas ini.

DSC 1294

DSC 1339

“Melalui penggunaan palang keluli yang berketebalan tinggi dan sedikit tinggi harganya, Barkakas ini juka tidak disalahgunakan mempunya daya tahan sehingga dua hingga tiga tahun,” kata beliau.

Selain itu, Ramdziah turut menyatakan bahawa Barkakas ini akan dikawal selia dan diselenggara oleh PPKM dari masa ke semasa demi memastikan ianya terpelihara dalam jangka waktu yang lebih lama.

Bagi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) pula, kemudahan ini diharap dapat mempelbagaikan pilihan kepada pelajar dalam menggayakan gaya hidup di kampus dengan lebih sihat,cergas dan cerdas.

Manakala bagi Pusat Sukan pula, pelancaran Barkakas ini jelas menunjukkan sokongan mereka terhadap semua aktiviti sukan, riadah termasuklah sukan jalanan seperti ini kerana ianya adalah seiring dengan kehendak generasi muda sekarang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman