Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KENYATAAN RASMI BERKENAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KAMPUS KEJURUTERAAN USM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Sayang USM.

Mengambil maklum situasi semasa penularan wabak pandemik COVID-19 serta kenyataan rasmi terkini Kementerian Pengajian Tinggi, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia MENYARANKAN pelajar baharu untuk mendaftar diri secara dalam talian dan menangguhkan perjalanan yang sepatutnya dijadualkan pada 4 Oktober 2020 ini. Namun begitu proses pendaftaran ini tetap akan dijalankan secara dalam talian (online).

  • Pendaftaran pelajar dalam talian (online):
    • Tarikh: 5hb Oktober 2020 (Isnin)
    • Platform: laman Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui aplikasi hebat@USM.
    • Wajib untuk semua pelajar baharu

*Hebahan lanjut akan diumumkan kemudian

  • Pendaftaran kursus dalam talian (online):
    • Tarikh: 7hb Oktober 2020 (Rabu)
    • Platform: mengikut pusat pengajian masing-masing. Pihak Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) akan memaklumkan perkembangan mengenai pendaftaran kursus bersama pusat pengajian di platform Facebook dan Telegram rasmi Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021.
    • Wajib untuk semua pelajar baharu

*Hebahan lanjut akan diumumkan kemudian

  • Pengisian taklimat sepanjang Minggu Siswa Lestari:
    • Tarikh: 5hb - 8hb Oktober 2020
    • Platform: Secara dalam talian (online) menggunakan platform yang sama dalam perkara 2(b).
    • Tentatif pengisian taklimat akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini.
    • Wajib untuk semua pelajar baharu
  • Pelajar baharu yang terpaksa mendaftar secara bersemuka pada 4 Oktober 2020, sila hubungi Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) di Facebook atau Telegram.

Pautan Facebook : https://bit.ly/USMEng2021

Pautan Telegram : https://t.me/USMEng2021

  • Bagi pelajar yang mempunyai masalah capaian internet dan memerlukan penginapan di desasiswa, anda boleh mengisi Google Form berikut: http://bit.ly/InternetIntake2021.


FAQs

Bagi pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan

  • Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar baharu yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2020 ini?

Pelajar baharu akan menjalani pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (online) bermula 12 Oktober 2020.

  • Adakah Minggu Siswa Lestari akan diadakan secara atas talian (online)?

Ya.

  • Apakah garis panduan bagi pendaftaran secara atas talian (online)?

Bagi tujuan pendaftaran secara atas talian (online), pelajar boleh merujuk kepada garis panduan pendaftaran di laman pohon.usm.my atau hebat@USM.

  • Apakah garis panduan untuk pelajar baharu mendaftar kursus secara atas talian (online)?

Pendaftaran kursus adalah pada 7 Oktober 2020. Pelajar akan dibimbing oleh pusat pengajian masing-masing melalui sesi bersama pusat pengajian.

  • Adakah pelajar yang mempunyai masalah capaian internet dibenarkan untuk menginap di desasiwa?

Bagi pelajar yang menghadapi masalah capaian internet, pelajar tersebut diminta untuk mengisi Google form berikut http://bit.ly/InternetIntake2021.

  • Adakah pelajar yang menginap di desasiwa dibenarkan keluar dari kawasan USM?

Ya, tetapi urusan merentas negeri/pulang ke kampung perlu mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor USM.

  • Adakah makanan akan disediakan bagi pelajar yang menginap di desasiswa?

Tidak. Namun begitu, kafe dan koperasi akan beroperasi agar pelajar dapat membeli makanan dan keperluan harian.

  • Bagaimanakah prosedur pengesahan dokumen untuk PTPTN bagi pelajar baharu?

Kepada pelajar baharu yang telah memohon pinjaman PTPTN secara dalam talian, apabila pinjaman telah diluluskan borang perjanjian hendaklah dicetak dan ditandatangani pemohon dan saksi-saksi yang layak yang terdiri daripada wakil rakyat, pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, pengamal undang-undang, Jaksa Pendamai, pengetua atau Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja), Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua masyarakat/Pegawai pembangunan Mukim dan Pengerusi JKKK.

Untuk Sabah dan Sarawak - Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.

Serahan borang boleh dihantar di kaunter PTPTN berdekatan negeri masing-masing.

Bagi pelajar baharu Sabah/ Sarawak

  • Bagi pelajar baharu Sabah/Sarawak yang telah membeli tiket penerbangan, adakah tiket penerbangan tersebut boleh digantikan semula?

Bagi pelajar baharu Sabah, anda diminta untuk mengisi kedua-dua BORANG ZON MERAH. Pautan bagi borang tersebut adalah berikut : http://bit.ly/BorangZonMerah & http://bit.ly/BorangAirAsia 

Bagi pelajar baharu Sarawak, tiket penerbangan anda tidak akan diganti balik.

  • Jika terdapat pelajar baharu Sarawak yang telah tiba di Pulau Pinang bersama ibu bapa, adakah pelajar tersebut dibenarkan untuk menginap di desasiswa?

Ya, pelajar tersebut dibenarkan untuk menginap di desasiswa setelah menjalani ujian saringan oleh pihak Unit Kesihatan dan seterusnya mengambil kunci bilik di pejabat desasiwa.

  • Jika pelajar baharu Sarawak ingin datang mendaftar dan pulang semula ke rumah, di manakah barang pelajar tersebut akan ditempatkan?

Pelajar tersebut harus menyimpan barangnya di bilik sendiri setelah mengambil kunci dari pejabat desasiwa.