Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SUARA EMAS KAMPUS KEJURUTERAAN, AZ-ZAHRA JUARA PERTANDINGAN KARAOKE NASYID ZIKRA RASUL 1442H

DSC 2387

NIBONG TEBAL, 25 November 2020 – Kumpulan nasyid wanita tunggal dari Zon 5, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengatasi dua lagi kumpulan yang terdiri daripada peserta lelaki apabila muncul sebagai juara di dalam Pertandingan Karaoke Nasyid Zikra Rasul 1442H.

“Pertandingan ini ternyata dapat menunjukkan sisi lain kakitangan USM di kampus ini jika mereka diberikan peluang.

“Selain berbakat dalam menyempurnakan tugas hakiki di pejabat, mereka juga sebenarnya mempunyai kebolehan menyanyikan lagu-lagu nasyid seperti ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah dan maulidulrasul Peringkat Kampus kejuruteraan 1442, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor.

Menurut beliau lagi, pertandingan ini telah lama diutarakan sejak beberapa tahun yang lalu dan hanya dapat dilaksanakan pada tahun ini memandangkan ianya adalah bertepatan dengan situasi semasa Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

DSC 2292

DSC 2219

Malah, beliau turut berharap agar semua pihak menyambut baik usaha ini sambil menghayati dan menzahirkan kasih sayang kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Menurut ketua Juri yang merupakan Pegawai Kebudayaan dari Dewan Budaya USM, Murshid Bin Md Hussain pula, irama dakwah yang disampaikan di dalam nasyid pada hari ini diharap sampai ke hati pendengar dan dilestarikan seiring dengan kehendak universiti.

DSC 2248

DSC 2285

DSC 2288

“Kita juga sekurang-kurangnya dapat menunjukkan bahawa rasa cinta kepada Rasulullah dapat dialunkan juga melalui siri nasyid yang telah dipersembahkan oleh peserta-peserta program pada hari ini,” tambah beliau.

Mursyid juga menerangkan bahawa sistem pemarkahan tertakluk kepada beberapa syarat pertandingan antaranya adalah dari segi mutu suara, kreativiti lagu dan susunan dalam persembahan antara penyanyi utama dan penyanyi-penyanyi lain di dalam kumpulan masing-masing.

DSC 2334

DSC 2431

DSC 2418

Az-Zahra menewaskan dua kumpulan lain iaitu kumpulan Akapela (tempat kedua) dan Sifr Arba’a (tempat ketiga) seterusnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700 dan sijil kemenangan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman