Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BRICKS, ANTARA TARIKAN TERBAHARU KAMPUS KEJURUTERAAN USM

DSC04792

NIBONG TEBAL, 4 Februari 2021 – Bricks@Kejuruteraan akan menjadi salah satu daripada tarikan terbaharu pelajar dan warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) sebaik sahaja semester baharu bermula pada 22 Mac 2021 akan datang.

Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan beliau berkata, ruang-ruang pembelajaran baharu ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk belajar serta bersukan sambil bersantai menggunakan kemudahan sedia ada sepanjang menjalani pengajian di dalam kampus.

DSC 2793

DSC 2786

“Cetusan idea kepada wujudnya Bricks@Kejuruteraan terhasil daripada Naib Canselor USM sendiri iaitu Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan ianya diharap dapat menjadi hub kepada warga USM untuk menjalankan aktiviti harian masing-masing,” kata Azazi.

“Bricks dan ruang-ruang pembelajaran yang lain akan menjadi medium yang tidak terhad semata kepada para pelajar, malah pensyarah serta kakitangannya juga di mana mereka boleh berkongsi inspirasi, belajar dan menyampaikan ilmu di dalam suasana yang kondusif untuk perubahan yang lebih positif kepada semua,” tambah beliau.

DSC 2835

DSC 2829

DSC04796

Menurut Jurutera Kanan, Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Aset, Fahmi Reza Abd Patah pula, universiti telah memperuntukkan sebanyak RM100 ribu untuk merealisasikan idea Bricks@Kejuruteraan dan ianya telah berjaya disiapkan dalam tempoh masa kurang daripada empat bulan.

“Kami di sini berbesar hati dalam melaksanakan projek ini dan berharap untuk melihat lebih banyak cetusan-cetusan idea dapat diwujudkan di masa akan datang supaya ianya dapat menaikkan semangat dan kualiti di dalam diri pelajar-pelajar kita,” tambah Fahmi.

DSC04774

DSC04728

DSC04742

DSC04676

DSC04755

DSC 1167

Selain daripada Bricks@Kejuruteraan, ruang-ruang pembelajaran lain yang terdapat di Kampus Kejuruteraan adalah seperti Ruang Kolaboratif dan Ruang Santai yang terletak di Perpustakaan; Cube dan Anjung MPD di Desasiswa Jaya; Lantai Alam di Halaman Desasiswa Lembaran; Purple di Bangunan Pusat Mahasiwa dan kemudahan sukan Barkakas di Kompleks Sukan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman