Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAJAR KITA MATANG DAN BERTUAH – NC USM

DSC 3536

NIBONG TEBAL, 6 April 2021 –Universiti Sains Malaysia bertuah kerana mempunyai pemimpin-pemimpin pelajar yang matang serta mengagumkan dan universiti sangat berterima kasih di atas sikap tanggungjawab mereka ini.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib canselornya, Professor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan ketika merasmikan Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus kejuruteraan, di sini baru-baru ini.

“Pelajar kita bertindak seiring dengan slogan We Lead universiti.

“Perkara ini seharusnya menjadi contoh kepada yang lain dan saya mewakili pihak pengurusan merasakan bahawa pelajar kita sememangnya layak untuk mendapat fasiliti yang berkualiti seperti ini,” tambah beliau.

DSC 3500

DSC 3488

Malah, Faisal turut berpesan agar pelajar seimbangkan di antara pelajaran dan aktiviti lain disamping sentiasa memberikan pendapat kepada universiti akan sebarang bentuk penambaikan yang dirasakan perlu.

Pejabat di BHEPA ini merupakan salah satu daripada tarikan terbaharu di Kampus Kejuruteraan kepada pelajar-pelajarnya selain daripada ruang santai lain yang terdapat di dalam Kampus yang terletak di Perpustakaan dan Kompleks Dewan Kuliah.

Bagi Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Profesor Dr. Aldrin Abdullah pula, tujuan utama disebalik ruang pembelajaran ini adalah untuk mencipta satu ruang kondusif kepada pelajar-pelajar di Kampus Kejuruteraan.

DSC 3509

DSC 3524

“Jika anda dapat lihat, bilik yang besar ini telah kita ubah dan gabungkan menjadi pelbagai seksyen termasuk ruang mesyuarat formal serta ruang santai yang juga boleh digunakan sebagai ruang rekreasi antara mereka, iaitu pelajar-pelajar,” kata Aldrin.

“Malah, saya turut memastikan penglibatan pelajar dalam mewujudkan ruang ini di mana mereka mengambil bahagian bukan sahaja dari segi susunan perabut tetapi mereka juga membantu mengecatnya sehingga selesai,” tambah beliau lagi.

Antara kemudahan lain yang terdapat di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar Kampus kejuruteraan ini adalah RuangRrehat TV, Ruang Perbincangan, kemudahan sukan Snooker dan kemudahan sukan Ping Pong.

DSC 3553

DSC 3555

Menurut Naib Yang Dipertua MPP Kampus Kejuruteraan, Kamal Safwan Jamaludin, usaha NC dan TNC dalam membenarkan pelajar untuk turut serta mentransformasikan ruang ini adalah sesuatu yang sangat dihargai.

“Perkara ini secara langsung pastinya menambahkan nilai sentimental kepada kami dan saya yakin ruang ini kelak akan dimanfaatkan oleh semua pelajar,” kata Kamal.

Teks: Siti faizah Abd Halim / Muhammad Taufik Abdul Rahman