Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TAHNIAH GRADUAN KEJURUTERAAN! – PENGARAH KAMPUS

DSC 3380

PULAU PINANG, 18 Disember 2021 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nor. Azazi Zakaria menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada 669 graduan Kejuruteraan yang berjaya menamatkan pengajian sempena Konvokesyen Kelima Puluh Lapan baru-baru ini. 

Menerusi ucapan yang disampaikan, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sambil menyeru untuk mereka mengekalkan momentum-momentum kejayaan yang telah dicapai oleh senior-senior sebelum ini terutamanya dalam kalangan pemain industri, bukan sahaja di Malaysia malah luar negara juga. 

Menurut Azazi sendiri, sebagai Pengarah dan Pensyarah, beliau sentiasa yakin akan kemampuan pelajar kejuruteraan USM kerana sejak tahun 1984, graduan bidang ini tidak pernah gagal dalam memenuhi setiap permintaan yang disasarkan kepada mereka. 

DSC 3275

DSC 2960

DSC 2942

DSC 3019

Apatah lagi USM sendiri sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sentiasa memfokuskan dalam melahirkan graduan yang berkualiti sehingga mereka mampu memberi impak positif dalam bidang-bidang utama dunia hari ini. 

Malah, kita juga mempersiapkan mereka bersedia untuk menempuh dunia pekerjaan sebenar sebaik sahaja tamat pengajian agar masing-masing mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi, bukan sahaja melalui pencapaian akademik yang cemerlang malah nilai-nilai H.E.B.A.T yang lain juga. 

DSC 3084

DSC 3116

DSC 3168

DSC 3334

DSC 3446

Selain daripada itu, Azazi turut menggesa agar graduan USM terutamanya graduan kejuruteraan untuk menyumbang serta menggunakan sepenuh pengetahuan yang dimiliki dan dipelajari sepanjang di universiti kepada masyarakat pada masa akan datang. 

Lebih-lebih lagi dalam situasi semasa pandemik dunia, Covid-19 dan musibah banjir serta tanah runtuh yang melanda negara, kita benar-benar berharap agar pakar-pakar kelahiran USM seperti anda akan menghasilkan teknologi alternatif yang diharap dapat membantu menambahbaik kehidupan dan permasalahan dalam kalangan masyarakat seperti ini. 

Teks: Siti Faizah binti Abd Halim