Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KE ARAH KUALITI PENDIDIKAN YANG LEBIH BAIK DALAM MEMELIHARA KEBAJIKAN ANAK-KAKITANGAN USM

DSC 4808

NIBONG TEBAL, 9 Februari 2022 – Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan berkualiti sambil memelihara kebajikan anak-anak kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan idea utama yang mendokong kelulusan peruntukan daripada Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan kepada Pusat Islam baru-baru ini.

Sehubungan itu, penubuhan Tadika Islam, Pusat Islam Kampus Kejuteraan yang merupakan salah satu manfaat daripada peruntukan tersebut menunjukkan keseriusan universiti untuk memastikan kebajikan anak-anak hari ini terutamanya anak kakitangannya berada pada tahap yang terbaik serta selesa. 

“Memelihara kebajikan kakitangan merupakan apa yang telah kita praktikkan sejak dari awal penubuhan USM lagi. 

“Namun, kita juga perlu menitikberatkan kebajikan anak-anak kakitangan terutamanya dari segi pendidikan serta persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif,” kata Faisal Rafiq ketika hadir merasmikan Tadika baharu itu hari ini. 

DSC 4793

DSC 4798

“Perhatian perlu diberikan kepada anak-anak kecil ini bukan kerana mereka adalah anak-anak kakitangan semata, tetapi mereka juga akan menjadi kemerlangan kita di masa hadapan,” tambah beliau. 

“Oleh yang demikian, kelulusan peruntukan ini diharap akan memerkasakan lagi kualiti pendidikan anak-anak ini demi membangunkan serta menjamin masa depan mereka,” kata beliau lagi. 

Bagi anak-anak Tadika Islam, Kampus Kejuruteraan pula, Syukran Jazilan dan Jazakallahu Khairan adalah antara bait ucapan yang disampaikan secara langsung oleh mereka sebaik sahaja Naib Canselor itu selesai dalam merasmikannya tadi. 

DSC 4801

Ucapan penghargaan tersebut lancar dibacakan kepada Naib canselor oleh salah seorang pelajar tadika tersebut iaitu adik Muhammad Fatih bin Mohd Khairul Azuan (6), yang mengetuainya sambil diiringi oleh 10 orang rakan-rakan beliau yang lain. 

Turut hadir adalah Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman. 

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman