30 STAF DAN PELAJAR KEJURUTERAAN TERLIBAT MISI BANTUAN BANJIR BALING

WhatsApp Image 2022 07 07 at 7.21.17 PM

NIBONG TEBAL, 18 Julai 2022 – Seramai 30 orang kakitangan dan pelajar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) terlibat dalam Misi Bantuan Sukarelawan di Baling, Kedah yang terkesan akibat banjir yang berlaku di beberapa kawasan daerah tersebut awal bulan lalu.

Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) yang bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kesukarelaan khususnya dalam kalangan mahasiswa di Kampus Kejuruteraan.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Penolong Pendaftar Kanannya, Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar ketika diminta mengulas akan misi yang telah dijalankan pada 6 dan 7 Julai 2022 yang lalu ini.

WhatsApp Image 2022 07 07 at 7.21.20 PM 1

WhatsApp Image 2022 07 07 at 7.21.19 PM

Menurut beliau lagi, program seperti ini boleh dianggap sebagai satu elemen penting dalam melahirkan mahasiswa HEBAT USM di mana ianya memupuk sifat prihatin pelajar dalam menghulurkan bantuan dan seterusnya meringankan beban kesusahan yang dirasai oleh mangsa.

Malah, Hafiz turut menyatakan kesediaan BHEPA untuk sentiasa peka dan cakna dalam menyediakan pelbagai medium kepada bukan sahaja mahasiswa tetapi juga serta kakitangan Kampus kejuruteraan demi mendekati komuniti di masa akan datang.

WhatsApp Image 2022 07 07 at 7.21.21 PM

 

Selain itu, beliau turut menyatakan ucapan penghargaannya kepada beberapa pihak lain yang turut terlibat di dalam misi ini iaitu Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti (PPPU), Jabatan Pembangunan Dan Pengurusan Aset (JPPA), Pusat Rancangan Kokurikulum, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU).

Melalui misi ini, pelajar dan staf yang terlibat telah menjalankan pembersihan rumah-rumah yg terjejas termasuklah rumah beberapa orang pensyarah USM sendiri di samping menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah rumah di kawasan tersebut.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan