38 GRADUAN PROFESSIONAL DIPLOMA IN ELECTRONICS AND AUTOMATION WITH EQUIPMENT HANDLING FOR MANUFACTURING TAMAT PENGAJIAN

DSC 3438

NIBONG TEBAL, 24 Ogos 2022 – Dua kumpulan pertama yang terdiri dari 38 orang graduan Professional Diploma in Electronics and Automation with Equipment Handling for Manufacturing (PDEAM) berjaya menamatkan pengajian dalam satu majlis graduasi yang diadakan di Kampus Kejuruteraan hari ini.

Melalui Unit Bisnes Aeroangkasa (ABU), Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK Aero) telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pakar dalam bidang-bidang seperti Mekanikal, Pembuatan, Elektrik dan Elektronik, Aeroangkasa dan Sains Komputer demi mewujudkan satu kursus automasi profesional yang dikhususkan kepada mereka dari kalangan pekerja industri tempatan.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Dekan PPK Aeroangkasa, Profesor Dr. Farzad Ismail di mana menurut beliau lagi, ini adalah seiring dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam melahirkan industri dan komuniti tempatan yang peka dengan keperluan masa hadapan.

DSC 3304

DSC 3338

“Perkara ini termasuklah dengan memberi persediaan yang mencukupi kepada semua pelajar melalui automated processes in trans-disciplinary supaya mereka kekal relevan dan sentiasa peka akan kehendak semasa revolusi industri 4.0,” tambah beliau.

Bagi Ketua Operasi Strategik USAINS Holding Sdn Bhd, Tuan Haji Sabri Said, beliau turut berbesar hati di atas Langkah proaktif universiti dalam menyokong dan meningkatkan program peningkatan kemahiran di peringkat sijil dan diploma profesional seperti ini.

“Kejayaan serta usaha seperti ini adalah penting dalam menunjukkan bahawa USM sememangnya layak untuk berada sebaris dengan universiti di negara-negara maju lain dan diploma professional ini juga jelas akan membantu graduan dalam meluaskan horizon pembelajaran masing-masing” kata beliau.

DSC 3281

DSC 3292

Sebuah program yang diwujudkan khas untuk Anolog Devices Sdn. Bhd., PDEAM bertujuan untuk menerapkan kemahiran dan pengetahuan pelajarnya dalam proses production yang sebenar melalui beberapa modul kepada beberapa peringkat kumpulan pekerja terpilih seperti operator, line leader dan penyelia.

Selain daripada itu, objektif utama di sebalik program ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar serta kakitangan yang terpilih, supaya mereka lebih berdaya saing, berkemahiran dan berpengetahuan dalam organisasi masing-masing kelak.

DSC 3357

DSC 3430

Mewakili Pengarah Urusan Analog Devices, Puan Shaidatul Akhmar Abdullah dalam ucapannya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan syarikat tersebut kepada USM, tenaga-tenaga pengajar dan semua yang terlibat di sebalik diploma profesional ini.

“Kami juga menghargai usaha berterusan semua pihak dalam memastikan kelancaran program ini dan profesionalisme setiap seorang daripada anda untuk menyokong serta meningkatkan kemahiran teknikal kakitangan kami sehingga mereka bergraduasi,” tambah Puan Shaidatul.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman