Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

27 INSTRUKTUR DARI 30 KURSUS KOKURIKULUM HADIR DALAM MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR KEPADA TPSK SEMESTER 1 SIDANG 22/23

NIBONG TEBAL, 27 Oktober 2022 – Seramai 27 orang Tenaga Pengajar Sambilan Kokurikulum (TPSK). dari 30 Kursus Kokurikulum Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hadir dalam satu majlis penyerahan pelajar bagi semester 1 Sidang 22/23 yang diadakan di Dewan Utama hari ini.

Turut diadakan adalah taklimat ringkas yang melibatkan seramai 939 pelajar Ijazah pertama dan disampaikan oleh Pengerusi Rancangan Sukan dan Kebudayaan Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan, Dr. Azam Taufik Mohd Din.

Menurut Dr. Azam, kursus kokurikum ini selama ini menunjukkan prestasi serta yang kadar kelulusan yang konsisten di mana majoriti daripada pelajar yang mendaftar akan mendapat keputusan cemerlang iaitu A dengan menyaksikan hanya sebilangan kecil yang mendapat B atau Gagal.

Keputusan ini akan membantu pelajar-pelajar kita untuk nilai gred kumulatif yang lebih baik di semester yang berkenaan dan seterusnya membantu membaiki serta menambahbaik purata nilai gred kumulatif masing-masing.

Namun demikian, Dr. Azam turut menegaskan bahawa, walaupun kursus kokurikulum ini hanya berjumlah satu atau dua kredit, pelajar masih perlu mengambil serius dengan hadir serta memenuhi setiap kriteria mahupun syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti untuk lulus di akhir semester.

Majlis penyerahan kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila ianya pertama kali diadakan semula secara bersemuka sejak pandemik Covid-19 melanda dunia sekitar dua tahun kebelakangan ini, mengakibatkan proses pengajaran setiap kursus berlangsung secara dalam talian.

Kursus kokurikulum terbuka kepada semua pelajar penuh masa dan WAJIB diambil minimum dua (2) unit kredit mengikut keperluan U2 & U4 yang digariskan oleh MPU dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat ke - 249 pada 29 Januari 2018 berkuat kuasa mulai Sidang Akademik 2018/2019.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Muhammad Taufik Abdul Rahman