Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM KONGSI REZEKI: PELAJAR SANTUNI 40 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN SEKITAR KAMPUS KEJURUTERAAN USM

ACEF2AD2 3A41 436B A1AE 1B43323EA359

NIBONG TEBAL, 25 Mac 2023 – Pelajar Tahun 1 Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama dengan Pembimbing Pelajar Siswa Lestari dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Kongsi Rezeki yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar kampus.

Seramai 40 orang pelajar terlibat dalam program ini, yang mana mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bergerak ke 4 buah kampung iaitu Kampung Tg. Berembang, Kampung Tasek, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Changkat di daerah Seberang Perai Selatan.

EA2A7CEC 7D6A 4300 937E 715F54E0B866

Sebanyak 40 buah keluarga telah disantuni di keempat-empat kampung tersebut.

F5A9F39A EAFE 4522 A8F9 5E98C3BD21FF

Sumbangan adalah dalam bentuk barangan dapur yang disumbang ikhlas oleh para pelajar dan staf warga Kampus Kejuruteraan serta tajaan daripada Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Puan Fadhlina Sidek; Mydin Mall Parit Buntar dan Masjid Seri Ampangan.

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dato' Dr. Nor Azazi Zakaria meluangkan masa bersama pelajar dan staf yang terlibat, dan membuat pelepasan kepada konvoi pelajar tersebut.

36B0AE20 910D 41B4 A970 EC7932CAFB62

Semoga dengan inisiatif ini akan dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Teks: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar/Suntingan: Tan Ewe Hoe