Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

REDAC USM SERTAI PAMERAN HARI AIR SEDUNIA 2024 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

1716682104268

Pulau Pinang, 27 Mei 2024 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah menyertai Pameran Hari Air Sedunia 2024 peringkat Negeri Pulau Pinang.

Diadakan di Taman Rekreasi Bukit Dumbar, acara tahunan ini dianjurkan oleh Water Watch Penang (WWP) dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow.

Pengarah REDAC, Profesor Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol berkata, penyertaan ini adalah peluang terbaik pihaknya untuk berkongsi akan penyelidikan dalam pengurusan air dengan masyarakat di luar sana.

IMG 20240526 WA0008  copie 0 1716687487547

 

“Tema 'Save Water for Penang 2030' pada tahun ini juga sangat bertepatan dengan usaha kami untuk mempromosikan penggunaan air yang bijak dan lestari."

“Hari Air Sedunia adalah platform yang baik untuk kami berkongsi pengetahuan bersama pengunjung demi kesinambungan kepada penyelidikan-penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar kelak,” kata beliau.

“REDAC turut berharap agar penyertaan aktif dalam pameran seperti ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat akan tindakan yang diperlukan untuk memastikan kelestarian sumber air, demi masa depan dunia yang lebih baik kelak,” tambah Remy.

Saban tahun, Pameran Hari Air Sedunia ini disertai oleh REDAC dalam usaha untuk meraikan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan air sambil mempromosikan Sistem Saliran Bio-Ekologikal (BIOECODS).

 copie 0 1716682104283  copie 0 1716682104298

Selain daripada itu, REDAC turut berkongsi penyelidikan yang telah dijalankan dalam membantu kajian-kajian berkaitan sumber air kepada negara dan memberi informasi akan peranan pengunjung demi menyokong kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 6.

Antara pihak lain yang turut serta dalam pameran ini termasuk Pengerusi Water Watch Penang, Profesor Chan Ngai Weng, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Salcon Engineering Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Water Watch Penang, dan Malaysia Nature Society.

Teks: Siti Fairuz Binti Juiani/Foto: Sumbangan Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC)

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim