Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LEBIH 1000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MALAM KEBUDAYAAN, PAMERAN STATIK DAN DEMO KOKURIKULUM SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2023/2024

DSC 6913

NIBONG TEBAL, 5 Jun 2024 - Malam Kebudayaan, Pameran Statik dan Demo Semester 2 Sidang Akademik 2023/2024 yang berlangsung dengan meriah pada hari ini berjaya menarik kehadiran lebih daripada 1000 pengunjung yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Selaku Timbalan Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor berharap agar program seperti ini dapat memupuk kemahiran insaniah para pelajar kejuruteraan.

“Khususnya melalui kursus kokurikulum berkredit yang diambil oleh masing-masing bagi memenuhi keperluan unit untuk pengijazahan di bawah keperluan mata pelajaran Pengajian Umum Kelompok U4 (MPU4).”

DSC 6851 DSC 6869

DSC 6880 DSC 6896

 Menurut Salman, persembahan para pelajar kejuruteraan pada Malam Kebudayaan ini telah melibatkan Sembilan Kursus Kokurikulum berkredit, merangkumi tiga Kombinasi Teras Kokurikulum yang unik iaitu Teras Kebudayaan, Teras Kesukarelawanan dan Teras Sukan.

“Malam kebudayaan ini juga telah dimeriahkan lagi dengan adanya aktiviti jualan melalui Ekspo Keusahawanan (WUS 101) oleh para pelajar kejuruteraan yang mengikuti kursus kokurikulum di bawah Teras Keusahawanan,” tambah beliau.

Pengerusi Rancangan Pengerusi Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan, Dr. Azam Taufik Mohd Din pula menyatakan bahawa beliau sangat gembira dengan sambutan meriah dan kehadiran ramai para pelajar, khususnya pada Malam Kebudayaan.

“Penganjuran kali ini juga disifatkan sangat cemerlang.

DSC 6872 DSC 6923

DSC 6913 DSC 6946

“Ianya adalah suatu manifestasi bagaimana teori di dalam kelas telah berjaya dilaksanaksn dengan sempurna di peringkat lapangan oleh semua pelajar yang telah mengambil kursus Pengurusan Acara (WSC 127) di bawah bimbingan penyelarasnya,” kata Azam.

“Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penganjuran majlis kali ini.”

Antara kursus yang membuat persembahan sepanjang program anjuran Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan USM serta Kursus WSC 127 ini adalah Koir, Palapes Laut, Palapes Darat, Palapes Udara, Gitar, Senamrobik, Seni Silat Cekak dan Teater Moden.

Majlis ini turut dihadiri oleh Penyelaras Kursus Keusahawan (WUS 101), Dr. Inzairulfaisham Abd Rahim dan penyelaras kursus Integriti & Antirasuah (WAR122), Dr. Mohamad Haniff Junos.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman