Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM SAS 2.0 PERKUKUH INTERAKSI POSITIF DAN SEMANGAT KESUKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR

FB IMG 1718206426915

Nibong Tebal, 12 Jun 2024 – Stadium Mini Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyaksikan berlangsungnya perasmian Program Sports Among School (SAS) 2.0, untuk memperkukuhkan semangat kesukanan dan interaksi positif dalam kalangan pelajarnya.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Ts. Chm. Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah, mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan, dalam ucapannya menekankan bahawa SAS adalah platform penting dalam membentuk jalinan kerjasama serta meningkatkan semangat kesukanan pelajar.

FB IMG 1718206419202 FB IMG 1718206408003

FB IMG 1718206402455 FB IMG 1718206405948

“Sepanjang pertandingan ini nanti, para pelajar akan didedahkan kepada situasi yang memerlukan mereka untuk mengaplikasikan kemahiran kepimpinan secara berpasukan.

“Perkara ini menjadikan SAS sebagai satu inisiatif holistik yang menggabungkan aspek kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kerja berpasukan untuk pembangunan diri peserta yang lebih menyeluruh,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa dengan berfokuskan kepada usaha melahirkan pelajar yang aktif dalam sukan, aktiviti disusun bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal peserta tetapi akan turut membentuk disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi mereka juga.

"Melalui platform ini, pelajar akan lebih berani untuk mencuba perkara-perkara baru, seterusnya membantu mencapai potensi maksimum dalam diri mereka.

FB IMG 1718206422557 FB IMG 1718206410610

FB IMG 1718206408003 FB IMG 1718206426915

“Mereka juga akan belajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya mengasah kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam pelbagai bidang kelak," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah program, Saudari Jennifer Sujeera A/P Jegginder Singh berkata, Majlis Tertinggi telah membuat kelainan dengan memperkenalkan sukan-sukan serta tema baru pada penganjuran SAS 2.0 kali ini.

“Dengan tema Dungeon & Dragon, SAS 2.0 akan berlangsung dalam tiga fasa iaitu Fasa 1 dari 10-14 Jun melibatkan sukan Bola Jaring, Frisbee dan Petanque; Fasa 2 dari 19 hingga 23 Jun melibatkan sukan Dodgeball dan Tali Tali serta Fasa 3 dari 24 hingga 28 Jun, melibatkan sukan Futsal, Badminton dan E-Sport.”

“Kepada para atlet yang akan bertanding, selamat maju jaya! Berjuanglah dengan penuh semangat kesukanan tanpa melupakan semangat kekitaan,” kata Jeniffer.

FB IMG 1718206435437 FB IMG 1718206445655 

FB IMG 1718206447916 FB IMG 1718206456340

Pada program kali ini, enam kontinjen dari enam Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal akan bertanding, seterusnya merebut piala pusingan SAS 2.0.

Selain daripada itu, SAS 2.0 turut mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dianjurkan serta dilaksanakan sepenuhnya oleh para pelajar dengan pemantauan minimum dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman