Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM ANJURAN MAHASISWA USM BERJAYA TARIK MINAT MURID DI MRSM DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2024 06 12 at 4.19.05 PM

BALIK PULAU, 8 Jun 2024 – Program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) 2024 anjuran Exco Akademik dan Intelektual, Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya menarik minat murid-murid terlibat akan bidang kejuruteraan.

Dengan membawa satu matlamat yang penting, program ini dianjurkan untuk memperkenalkan bidang kejuruteraan yang ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia kepada para pelajar di samping membina hubungan awal antara USM dan MRSM.

Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik MRSM Balik Pulau, Pn. Haziah Binti Abdul Halin meletakkan harapan yang tinggi agar projek sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

WhatsApp Image 2024 06 12 at 4.19.05 PM WhatsApp Image 2024 06 12 at 4.19.06 PM

WhatsApp Image 2024 06 12 at 4.19.07 PM WhatsApp Image 2024 06 12 at 4.19.07 PM 1

“Semoga kerjasama pada hari ini akan tanda aras kepada lebih banyak kelab atau pertubuhan lain untuk menjalankan projek serta menjalin kerjasama dua hala antara Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Pendidikan Menengah kelak,” kata beliau.

Program melibatkan murid-murid tingkatan 4 ini turut diserikan dengan kehadiran pensyarah USM, juga alumni MRSM Balik Pulau iaitu Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Anasyida Abu Seman dan Dr. Junaid Khan yang hadir menyampaikan ceramah bertajuk ‘Selangkah Ke Universiti’.

Turut hadir pada program ini adalah, Penggawa Desasiswa Jaya Lembaran Utama, En Mazlifendirizan Md Rejab dan Penasihat Program MTS, Pn Hasliza Mat Saad.

Teks adalah sumbangan Fatin Zulaikha binti Adharuddin, Pengarah Projek MTS 2024. Beliau merupakan pelajar tahun satu di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia.

Foto: Exco Multimedia MPDJLU

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim