Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SERC TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UMK, KONGSI ILMU PERALATAN BERTEKNOLOGI TINGGI

zxczczxczxczc

NIBONG TEBAL, 13 Jun 2024 – Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini terima kunjungan seramai 73 pelajar dan 2 orang pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) demi perkongsian ilmu mengenai pencirian bahan menggunakan alatan berteknologi tinggi.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan berkenaan SERC oleh Pengarahnya, Profesor. Dr Mohd Azmier Ahmad yang turut menekankan akan fungsi dan peranan pusat penyelidikan tersebut khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi.

“Saya berharap agar lawatan ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar yang terlibat dalam melihat secara langsung jenis-jenis peralatan berteknologi tinggi yang terdapat di SERC USM.

cxzzzx xzcxzcczx

zxczczxc cxzczxcz

“Mereka juga secara langsung akan berkesempatan untuk melibatkan diri dalam sesi soal jawab secara bersemuka bersama kakitangan kami di SERC yang bertanggungjawab dalam mengendalikan peralatan-peralatan sedia ada seperti HRTEM, FESEM, XPS, ICPMS, GCMS, dan spektroskopi Raman,” kata beliau.

“Malah, semua kakitangan berpengalaman ini akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pencirian bahan dan bagaimana ia menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi di Malaysia juga demi penyampaian maklumat yang maksimum sepanjang sesi lawatan,” tambah Azmier.

Bagi Pengarah Gold, Rare Earth and Material Technopreneurship (GREAT) UMK, Profesor Madya Dr. Noor Fazliani Shoparwe pula, beliau menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudiaan pihak SERC dalam menerima kunjungan ini.

Beliau juga bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak SERC terutama dalam mendapatkan perkhidmatan pencirian logam bumi nadir kelak.

Teks: Muhammad Fadhirul Izwan Abd Malik / Foto: Mohd Azrul Abd Aziz & Muhammad Nasrul Abu Bakar

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim