PPIP UNGGULI KEJOHANAN PIALA PUSAT PENGAJIAN 2024, GGP KAMPUS KEJURUTERAAN TEMPAT KEDUA
USM, 6 Julai 2024 - Kejohanan Piala Pusat Pengajian 2024 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah melabuhkan tirai secara rasminya setelah hampir dua minggu dijalankan di sini hari ini.
Berlangsung dari 22 Jun 2024 sehingga 6 Julai 2024, majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.
Pasukan bola sepak Kampus Kejuruteraan yang terdiri daripada wakil pusat pengajian berada di kedudukan kedua setelah ditundukkan oleh pasukan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) pada pusingan akhir.
Usaha pasukan dengan nama GGP Kampus Kejuruteraan dalam mencari mata penyamaan gagal dan perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Minden, USM tamat dengan 1 jaringan memihak kepada pasukan PPIP.
Turut hadir pada perlawanan akhir ini adalah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Profesor Dr. Hairil Anuar Hashim, USM; Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA Encik Zulkifli Che Hussin; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Saudara Mohd Nazmi Hakimi Mohd Eirman; Timbalan Yang Dipertua merangkap Pengerusi MPP Kampus Kejuruteraan, Saudara Syed Muhammad Zakwan Syed Zaman dan Pengarah Projek SCL 2024, Saudari Nurul Jasmine Naina Mohamed.
Teks dan Foto: Ihsan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia