Skip to main content

TANDA SOLIDARITI, RM60 RIBU BERJAYA DIKUMPULKAN SEMPENA USM FUN RIDE: PEACE FOR PALESTINE

DSC 1111

NIBONG TEBAL, 26 Oktober - Program USM Fun Ride: Peace for Palestine anjuran Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan USM Cycling Club (USMCC) Kampus kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM60,000 dalam satu inisiatif amal untuk menyokong tabung kemanusiaan Palestin.

"Alhamdulillah, program USM Fun Ride: Peace for Palestine ini berjalan dengan lancar hasil sokongan semua pihak dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah yang tidak mengira umur, berkumpul sertai program ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Kampus Kejuruteraan dan USMCC Kampus kesihatan serta semua pihak penganjur yang terlibat menjayakan acara ini,” ujar Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), Profesor Dr. Azlan Amran, selaku penasihat program.

Beliau turut berharap agar siri pertama yang diadakan di Kampus Kejuruteraan USM ini diharap akan menjadi pembuka jalan kepada siri kedua yang dirancang di Kelantan tahun hadapan, di samping membawa manfaat besar sambil menyebarkan mesej-mesej kemanusiaan.

DSC 1081 DSC 1345 

DSC 1463 DSC 1506

DSC 1510 DSC 1553

“Kutipan sumbangan yang terkumpul pula akan disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima serta diberikan kepada pelajar-pelajar Palestin kita di USM,” tambahnya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, ketika hadir mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan ke program kayuhan ini, berbangga dengan komitmen dan semangat ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

"Program USM Fun Ride: Peace for Palestine ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal, tetapi juga menyatukan warga kampus dan komuniti untuk tujuan mulia, iaitu menyuarakan solidariti bersama saudara kita, rakyat Palestin,” ujar beliau.

DSC 1583 DSC 1964 

DSC 2000 DSC 2121

DSC 2480 DSC 2502

“Semoga langkah ini mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh penganjur, seterusnya menjadi pemangkin untuk kita semua terus memainkan peranan dalam isu-isu kemanusiaan selepas ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Encik Tuan Mohd Salman Tuan Mohd Jaffar, selaku Pengarah projek berkata, sejumlah 300 penyertaan berjaya direkodkan pada siri pertama kayuhan kali ini, mengatasi sasaran asal program dengan hanya 200 peserta pada awalnya.

“Ada peserta yang sanggup datang dari jauh, dalam membuktikan komitmen masing-masing untuk menyertai kayuhan.

“Lebih mengagumkan, seorang peserta paling senior berusia 71 tahun turut terlibat pada kayuhan kali ini,” tambah Tuan Salman.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman