Skip to main content

ASD 2024, ANUGERAH DESASISWA TERBAIK DAN TOKOH DESASISWA MILIK DESASISWA JAYA LEMBARAN UTAMA

ASD2023 2024 29112024 33

PULAU PINANG, 29 November 2024 – Anugerah Sanjungan Desasiswa 2024 (ASD 2024) menyaksikan Desasiswa Jaya Lembaran Utama (DJLU) dinobatkan sebagai Desasiswa Terbaik, menyuntik semangat seluruh komuniti desasiswa untuk terus melaksanakan program kecemerlangan berimpak tinggi.

Dianjurkan oleh Desasiswa Indah Kembara selaku tuan rumah, anugerah ini diadakan bagi menghargai prestasi cemerlang Majlis Penghuni Desasiswa Sidang Akademik 2023/2024 dalam pelbagai kategori yang telah dipertandingkan.

Anugerah Tokoh Desasiswa juga turut dipertandingkan sebagai penghargaan kepada individu yang memberikan impak kepada komuniti desasiswa dan Yang Dipertua MPDJLU Sidang Akademik 2023/2024, Saudara Khalish Haikal Mohd Nasir telah dinobatkan sebagai pemenang.

WhatsApp Image 2024 12 04 at 11.07.52

Menurut Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) sidang 2024/2025, Saudara Azriq Rashid Hussin, kejayaan yang telah dicapai mencerminkan perkembangan dan kejayaan mereka dalam menjalankan pelbagai program dalam usaha membawa prestasi yang cemerlang kepada universiti.

“Ianya adalah selaras dengan elemen dan atribut HEBAT, sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang dalam kalangan mahasiswa,” ujarnya.

“Malam penuh gemilang ini turut menyaksikan kejayaan besar DJLU yang berjaya mencapai beberapa anugerah berprestij.

“Antaranya ialah Anugerah Projek Terbaik Kategori Sukan & Rekreasi iaitu Sukan Rakyat Sarong, Anugerah Projek Terbaik Kategori Kelestarian dan Anugerah Projek Terbaik Kategori Digital dan Teknologi Maklumat (Video Berita Terbaik),” kata Azriq.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua II MPDJLU, Saudari Nur Amira Aisyah Wira Safuan, bagi pihak MPDJLU, dengan rendah hati telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan ini.

“Penghargaan khusus diberikan kepada pihak pengurusan, staf, serta seluruh warga pelajar yang telah menyumbang idea, tenaga, dan sokongan tanpa henti dalam memastikan program-program DJLU mencapai tahap yang diinginkan,” katanya.

ASD2023 2024 29112024 4075 9. ASD2023 2024 29112024 4301

ASD2023 2024 29112024 33 1. ASD2023 2024 29112024 34

“Sesungguhnya, anda semua adalah tunjang utama kepada kejayaan kami.

“Semoga kemenangan ini menjadi penyuntik semangat untuk MPDJLU terus mengorak langkah lebih jauh pada masa hadapan, mencipta lebih banyak pencapaian yang membanggakan universiti dan menjadi inspirasi kepada generasi mahasiswa yang akan datang,” tambah beliau.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan di bawah Anugerah Projek Terbaik, meliputi kategori Kebudayaan, Keusahawanan, Sukan dan Rekreasi, Kesukarelawanan, Akademik dan Intelektual dan Projek Terbaik Sepunya.

Pada ASD kali ini, Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara (MPDIK) juga telah memperkenalkan anugerah baharu iaitu anugerah Digital dan Teknologi Maklumat untuk mengiktiraf inovasi dalam teknologi serta kreativiti digital.

Teks: Nur Edryana Ezzaty Muhammad Kamal dan Shariff Hakim Abdullah / Foto: Nirmaryadi Rashid