Skip to main content

DESASISWA JAYA LEMBARAN UTAMA JUARA SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 1 2025

WhatsApp Image 2025 01 22 at 16.10.40

KUBANG KERIAN, 20 Januari 2025 – Desasiswa Jaya Lembaran Utama (JLU) muncul juara Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 2025 yang telah berjaya dianjurkan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 17 hingga 19 Januari 2025 baru-baru ini.

Dengan matlamat untuk menyatukan dan membentuk mahasiswa holistik dalam pelbagai bidang dan aktiviti, SUKAD optimis dalam usaha mereka untuk meningkatkan mutu pencapaian dalam bidang sukan di samping mengasah bakat kepimpinan pelajar dalam mengendalikan sesebuah acara.

Empat sukan telah dipertandingkan iaitu Badminton (Lelaki dan Wanita), Ping Pong (Lelaki dan Wanita) Bola Sepak dan Friesbee di mana para peserta berpeluang menonjolkan bakat serta kemahiran masing-masing dalam suasana kompetitif secara sihat.

Kontinjen dari Desasiswa JLU yang terdiri dari 47 atlet berserta 4 Pengurus Pasukan, berjaya meraih gelaran juara tersebut dengan pencapaian cemerlang 3 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa.

474083076 122197335320187151 352050929859248200 n 474186272 122197335242187151 7068207262857348434 n 1

474532561 122197335158187151 3733829734997330062 n 474538019 122197335272187151 2634297425387236348 n

474583428 122197335344187151 9011277415883637593 n 474217028 122196512564187151 2867387360870399785 n

Kilauan emas disumbangkan oleh pasukan Bola Sepak, Badminton (Lelaki) dan Ping Pong (Wanita) manakala pingat Perak dihadiahkan oleh pasukan Friesbee dan Ping Pong (Lelaki), sementara pasukan Badminton (Wanita) tetap memberikan saingan padu dengan memperoleh tempat ketiga.

Pasukan dari Desasiswa JLU ini juga telah mendapat sokongan dan persiapan rapi dari pihak Pengurusan Desasiswa dan 21 ahli Majlis Penghuni Desasiswa JLU yang bertindak sebagai urus setia, pemantau, penasihat, dan pengelola.

Penganjuran yang melibatkan tiga fasa ini diadakan secara bergilir-gilir di ketiga-tiga kampus di mana selepas SUKAD Fasa 1 di Kampus Kesihatan, SUKAD Fasa 2 dan SUKAD Fasa 3 kelak, akan menyusul di Kampus Kejuruteraan serta Kampus Induk USM.

Teks: Normala Omar & Bahira Farzana (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kecergasan MPDJLU)

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim & Muiz Syafiq Md Hassam (Pelajar Latihan Industri)

Foto: Jawatankuasa Eksekutif Digital MPDJLU & Facebook Pusat Sukan dan Rekreasi USM