Skip to main content

NAIB CANSELOR UMUM KAEDAH BAHARU URUS TABUNG AKTIVITI RAMADAN PUSAT ISLAM

DSC 9635

NIBONG TEBAL, 5 Februari 2025 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah mengambil langkah strategik dengan memperkenalkan kaedah baharu pengurusan tabung aktiviti Ramadan jabatan tersebut di bawah Jabatan Bendahari universiti.

Kaedah baharu ini telah diumumkan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sempena Majlis Sambutan Hilal Ramadan Peringkat Universiti Sains Malaysia bagi Tahun 2025/1446H, yang diadakan di Kampus Kejuruteraan.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar pendekatan ini dapat memastikan kelancaran pengurusan sumbangan yang mudah diakses oleh semua pihak, seterusnya menyumbang kepada ketelusan serta tatakelola yang lebih baik untuk seluruh warga USM.

DSC 9417 DSC 9433

DSC 9460 DSC 9441

DSC 9469 DSC 9520

Selain itu, Naib Canselor turut menekankan kepentingan memanfaatkan bulan Ramadan dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berteraskan kelestarian, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) untuk menggalakkan amalan yang memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.

“Sebagai sebuah universiti berprestij, USM harus menjadi contoh dalam mempromosikan amalan kelestarian merangkumi aspek sosial, ekonomi, dan alam sekitar.

“inisiatif ini bukan sahaja dapat memperkukuh peranan USM sebagai peneraju dalam pembangunan lestari, malah ianya akan menyemai kesedaran dalam kalangan kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih mampan,” ujarnya.

DSC 9604 DSC 9640

DSC 9663 DSC 9687

DSC 9697 DSC 9733

Sementara itu, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha melahirkan rasa syukur atas kelancaran program yang diadakan buat julung kalinya di peringkat USM, dengan Kampus Kejuruteraan bertindak selaku tuan rumah.

Melalui ucapannya, beliau sempat menyeru semua yang hadir untuk memperbanyakkan amal kebajikan dan berkongsi rezeki sambil sama-sama menyumbang kepada Tabung Ihya' Ramadan USM bagi membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti Ramadan di semua kampus.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman