Skip to main content

TIMBALAN PERDANA MENTERI LAWAT RERUAI USM DI ‘MOHE PAVILION’ LIMA’25

lima

LANGKAWI, 20 Mei 2025-Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini telah melawat reruai Universiti Sains Malaysia (USM) di ‘MOHE Pavilion’ sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25).

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Pada pameran tersebut, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM turut terlibat dalam mempamerkan produk inovasi berimpak tinggi iaitu dron Emergency Response and Disaster Support (ERDS).

 adqwdqw cdscasdcadsca

Produk tersebut berfungsi untuk menyampaikan bantuan segera seperti pelampung, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain ke kawasan terjadinya bencana seperti banjir.

Dron ini boleh beroperasi dalam mod penerbangan separa atau autonomi sepenuhnya dengan jarak penerbangan sekitar 5 kilometer.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan bagi memastikan bantuan dihantar dengan tepat ke lokasi yang ditetapkan.

Teks dan Foto: Ihsan Profesor Dr. Mohd Azmier Ahmad / KPT