Skip to main content

USM, WD MEDIA RAI KOHORT PERTAMA GRADUAN DIPLOMA EKSEKUTIF EDiDAMM

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, Profesor Madya Dr. Elmi Abu Bakar menyifatkan program EDiDAMM sebagai salah satu usaha untuk memperkasa golongan profesional industri melalui pendidikan berterusan.

“Diploma ini direka bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam analitik data bagi bahan pembuatan, malah untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan mereka di industri,” jelas beliau.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua graduan dan menyifatkan pencapaian tersebut sebagai bukti kemampuan mereka, seterusnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman