Skip to main content

FESTIVAL GEGAQ25 DINOBATKAN PEMENANG UTAMA HOTLINK UNI LEGENDS CHALLENGE 2025

536023904 1263197855604839 773589034869276373 n

USM PULAU PINANG, 14 Ogos 2025 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) dan seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan ucapan tahniah kepada Team Gegaqsters dari Kampus Kejuruteraan USM atas kejayaan muncul sebagai pemenang utama Hotlink Uni Legends Challenge 2025.

Kemenangan ini membolehkan mereka menerima geran penuh bernilai RM250,000 bagi penganjuran Festival Gegaq25 pada Disember nanti.

Pertandingan Hotlink Uni Legends Challenge merupakan inisiatif peringkat nasional yang menghimpunkan pasukan mahasiswa dari pelbagai universiti untuk membentangkan idea acara kampus yang kreatif, inklusif dan berimpak tinggi.

Mewakili USM, sesi pembentangan diketuai oleh Shakeer Shaik Abdullah, pelajar Tahun tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, bersama Nur Sabrina binti Mohd Sabri, pelajar Tahun tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.

Kedua-duanya mewakili Team Gegaqsters, pasukan pelajar Kampus Kejuruteraan yang dibimbing oleh barisan penasihat BHEPA Kampus Kejuruteraan iaitu Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar selaku Ketua Unit, Encik Muhammad Anif Mohd Robi (Pegawai Psikologi) dan Encik Mohd Nur Badri Mohd Nazli (Pegawai Kebudayaan).

sdfafadfasfd saDAFDAFADSF

SDFASFSDFSF SADFDAFWEFAFD

Festival Gegaq25 dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, di mana 33 acara pelbagai segmen termasuk muzik, seni budaya, sukan, e-sukan, bengkel teknologi, pameran komuniti, jaringan alumni dan aktiviti masyarakat akan diketengahkan.

Menyasarkan kehadiran 6,000 peserta dari seluruh negara, ianya akan menjadi festival acara anak muda terbesar yang pernah dianjurkan di kampus luar bandar Malaysia.

Seiring dengan kerangka HOTLINK (Holistic, Oriented, Talent, Leisure, Interactive, Networking, Knowledge), penganjuran festival ini juga selaras dengan agenda H.E.B.A.T. berteraskan atribut Holistik, Keusahawanan, Seimbang, Artikulasi dan Berfikir, sambil memberi impak secara langsung kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Antara sumbangan ketara adalah termasuk SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembangunan kemahiran kepimpinan dan kolaborasi; SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi melalui peluang pembangunan bakat dan kemahiran insaniah; SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan melalui penyertaan inklusif masyarakat setempat; serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat melalui pengukuhan hubungan strategik antara kampus dan komuniti.

Kemenangan ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar USM menggabungkan kreativiti, perancangan strategik dan pengurusan acara bertaraf industri, sekali gus memperkukuh reputasi universiti sebagai peneraju pembangunan kepimpinan dan penglibatan belia di peringkat nasional.

Proses penilaian pertandingan telah dijalankan melalui sesi pitching di hadapan panel juri profesional yang terdiri daripada Adilla Fitriyah (Pakar Perkongsian, TGV), Yeoh Sun Loo (Ketua Pemasaran dan Pertumbuhan, Maxis), Fiza Ahkam (Pengarah Operasi, Pentadbiran dan Kewangan, Locco) serta John Lemon (Ketua Pegawai Eksekutif, The Boom Beverage).

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar