LIMA PELAJAR USM SERTAI PROGRAM KEMBARA PROSTAR 2.0 BERSAMA KKM PULAU PINANG

PULAU PINANG, 31 Oktober 2025 - Seramai lima pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai Program Kembara PROSTAR 2.0, anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pulau Pinang, yang diadakan pada 30 hingga 31 Oktober lalu.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda mengenai pencegahan penyakit berjangkit, kesihatan reproduktif remaja dan amalan gaya hidup sihat.
Peserta USM terdiri daripada Muhammad Thaqif Hisham Zamri, Raz Balkish Razali, Mohamad Haniff Iznee Hylmee, Muhammad Ridhwan Rahmat dan Farisha Najla Mohamad Marzuan, yang merupakan pelajar tahun pertama dan ketiga universiti tersebut.


Program Kembara PROSTAR 2.0 merupakan kesinambungan daripada inisiatif terdahulu di bawah Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) yang dilaksanakan oleh KKM bagi memperkasa advokasi kesihatan awam dalam kalangan generasi muda.
Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan lapangan, para peserta turut diberi peluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi menyampaikan mesej kesihatan dengan pendekatan yang lebih kreatif dan berkesan.
Usaha ini selaras dengan aspirasi KKM dan USM untuk melahirkan mahasiswa yang prihatin, berpengetahuan serta berperanan aktif dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Teks dan Foto: Ihsan Muhammad Nuraiman Mohd Yusrino & Peserta Program Kembara 2.0 Pulau Pinang