Skip to main content

PASUKAN USM HYDROLINK DARI KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN TERSENARAI DALAM 12 TERBAIK DUNIA DI AAKRUTI 2025

626437972 1467105395419372 8805936189959325516 n

HOUSTON, TEXAS, 9 Februari 2025 - Pasukan USM Hydrolink yang mewakili Malaysia dan Asia Pasifik Selatan mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai antara 12 pasukan terbaik dunia dalam pertandingan akhir International AAKRUTI Innovation Competition 2025.

Kejayaan dalam pertandingan berprestij yang berlangsung sempena 3DEXPERIENCE World pada 4 Februari 2026 baru-baru ini telah membuktikan keupayaan pelajar USM untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi.

USM Hydrolink Team dianggotai oleh 4 orang pelajar iaitu Kang Zhen Lin, Alif Danial Zulkipli, Siew Wei Hong dan Darren Tong Kai Xuan, dan seorang Mentor iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik.

Pasukan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin USM menerima pengiktirafan menerusi inovasi “AQUASHIELD”, sebuah sistem mitigasi banjir yang praktikal dan berkesan dalam menangani risiko serta impak bencana banjir.

sadedqwda fqascascda

adsadSXDsd sdwadcasss

AAKRUTI Innovation Competition 2025 merupakan pertandingan inovasi pelajar yang mempertandingkan penyelesaian lestari dalam empat kategori utama merangkumi produk untuk kesejahteraan manusia, mobiliti lestari, infrastruktur bandar mampan serta teknologi tenaga hijau.

Sebanyak 12 pasukan universiti dari sembilan negara menyertai pertandingan ini di mana kesemuanya menggunakan platform 3DEXPERIENCE dan aplikasi SOLIDWORKS bagi membangunkan inovasi masing‑masing.

Teks: Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor/Foto: Ihsan Pasukan Hydrolink